Lelaki bersenjata api bunuh 5 sekeluarga, cederakan bayi 8 bulan

Sebaran :

Lelaki bersenjata api bunuh 5 sekeluarga, cederakan bayi 8 bulan

MEXICO CITY – Sekumpulan lelaki bersenjata api menyerang sebuah rumah di tengah Mexico dan membunuh lima ahli keluarga, termasuk seorang budak lelaki berusia 14 tahun dan mencederakan seorang bayi berusia 8 bulan, kata pihak berkuasa.

Pendakwa raya di Guanajuato berkata, kejadian yang disebabkan pergaduhan yang dicetuskan kumpulan dadah berlaku pada Sabtu lalu di bandar Apaseo El Grande.

Tiga wanita, seorang lelaki dan kanak-kanak lelaki yang kesemuanya mempunyai kaitan ditemui mati akibat kesan tembakan.



Bayi yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan akibat kesan tembakan di lengan.

Nota tulisan tangan dengan mesej merujuk kepada kumpulan dadah ditemui di rumah itu.

Sementara itu, di bandar berdekatan, Silao, polis berkata, mereka menemui tiga lelaki dan seorang wanita ditembak mati di sebuah rumah, lapor ABC News.

Beg plastik yang kelihatan penuh dengan dadah ditemui di rumah itu. MG



Lelaki bersenjata api bunuh 5 sekeluarga, cederakan bayi 8 bulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN


Sebaran :

Leave a Reply