#PRNMELAKA2021: Khalil Yaakob Akhirnya Bersama Mat Sabu

Sebaran :

Oleh Megat Terawih

Bekas Yang di Pertua Melaka, Tun Khalil akhirnya berubah arah. Dari pejuang tegar UMNO BN kepada menunduk membontoti Mat Sabu, Presiden parti serpihan Pas dalam siri kempen pilihanraya negeri Melaka.

Khalil yang dilihat bersama Mat Sabu di Tanjung Dahan, Kuala Linggi hari ini.

Tiada sebarang komen beliau keluarkan, namun sudah menjadi ‘resam’ ahli politik, apabila menyeberang atau melompat katak ke sebelah parti lawan maka persepsi pertama, ada ‘projek’ yang beliau minta tidak dipenuhi.



Samada projek ratusan juta ringgit, pangkat atau kedudukan di mana-mana GLC tidak dipenuhi maka angin sokongan terhadap parti yang terlalu banyak dan besar jasanya kepada beliau secara peribadi berubah sekelip mata.

Khalil tidak boleh menafikan jasa UMNO BN terhadap beliua selama ini. Cuba beliau hitung dan bilang, sebanyak mana jasa UMNO BN terhadap diri dan keluarganya sehingga berketurunan.

Komen penduduk, tidak perlu terkejut, Khalil orang kuat Mahathir maka anda tahu kemana condongnya.


Sebaran :

Leave a Reply