Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

PETALING JAYA: Selepas Namron mendedahkan banyak berlaku gangguan seksual dalam industri hiburan tempatan, pengarah terkenal, Michael Ang pula memberitahu pernah didatangi rakan-rakan artis yang turut menceritakan pengalaman mereka diganggu secara seksual oleh individu tertentu dalam industri hiburan.

Namun, kata Michael, beliau ketika itu mengambil pendekatan untuk acuh tidak acuh dengan aduan-aduan sebegitu kerana hanya mendengar cerita dan bukan melihat sendiri kejadian.

“Yang bercerita dengan saya itu ada pelakon lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka adalah pelakon-pelakon baharu yang nak meningkat naik. Yang saya dengar lagi, ada juga mereka terima mesej-mesej nakal dan ada juga yang mendakwa diraba.



“Tapi kita dengar sahaja. Tak boleh terus jatuh hukum sebab saya tak tengok perkara itu atau kejadian bukan berlaku depan mata saya,” kata beliau.

Michael mengulas mengenai kenyataan pelakon Namron ketika diwawancara Mingguan Malaysia pada 14 November lalu yang memberitahu wujudnya pelakon-pelakon lelaki yang diganggu secara seksual oleh individu-individu berpengaruh dalam industri itu.

Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 51, berkata, berdasarkan maklumat yang diceritakan kepadanya, lebih ramai pelakon lelaki yang menjadi mangsa berbanding wanita.

Namron memaklumkan perkara itu diceritakan sendiri mangsa-mangsa dan kebanyakan mereka membabitkan pelakon baharu.



Mengulas lanjut, Michael memberitahu, dalam perkara itu, beliau turut menyalahkan mangsa kerana membenarkan diri mereka diperlakukan sedemikian.

Hadiah perkahwinan Kamal, Uqasha

“Perkara ini senang sahaja, kalau tak layan, tak akan berlaku. Masing-masing dah besar panjang, boleh katakan tidak ada yang buat laporan polis jika benar mereka diganggu secara seksual.



“Tapi tidak, bila dah berlaku baru nak bercerita. Pandai-pandailah jaga diri sendiri.

“Si pelaku pun satu. Bodoh. Kenapa nak buat perkara macam itu. Kesannya akan kembali kepada mereka juga,” tegur Michael.

Dalam pada itu, Michael mengakui beliau sendiri pernah cuba didekati oleh individu tertentu yang juga pelakon yang bekerja dengannya.

“Pernah, pelakon tambahan. Dia hantar mesej, ajak saya keluar dengannya. Dia juga pelawa saya ke rumahnya, kata dia nak masak untuk saya.



“Saya curiga tapi tetap bersangka baik. Mungkin dia nak bersahabat dengan saya.

“Cuma saya tak terima pelawaan tersebut. Saya tolak, tak mahu perkara tak diinginj berlaku. Saya tak pernah keluar dengan sesiapa, banyak duduk di rumah sahaja,” ujarnya.

Kelmarin, penyanyi Azharina Azhar memberitahu dirinya pernah ditawarkan sehingga RM500,000 dan pelbagai imbuhan untuk menjadi teman ranjang.
Katanya, sebagai artis tentulah banyak yang cuba ambil kesempatan tetapi sebagai manusia kena pandai mengelak dengan cara baik.

“Saya sebenarnya agak tersekat disebabkan karier yang digalas. Saya tidak boleh kasar dan kurang ajar meski pun perkara itu melibatkan maruah diri dan keluarga.



“Memang ada yang menawarkan ikut dia pergi minum kopi dan sampai satu tahap pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya. Tapi itulah hakikatnya, semua ini asam garam,” cerita Azharina kepada Utusan Malaysia.- UTUSAN

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker