Hadiah perkahwinan Kamal, Uqasha

Hadiah perkahwinan Kamal, Uqasha

Hadiah perkahwinan Kamal, Uqasha

Bukan sengaja mahu merahsiakan tarikh perkahwinan, sebaliknya pemenang trofi Gandingan Serasi Drama Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, belajar daripada pengalaman yang pernah dilalui.

Pasangan sama cantik, sama padan yang mula menjalin hubungan istimewa selepas bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, dua tahun lalu itu sepatutnya sudah diijabkabulkan pada Jun lalu.



Namun, majlis pernikahan dan resepsi yang dirancang berlangsung di sebuah pusat peranginan tanah tinggi itu terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19, selain mereka mahu mahu hari bersejarah dapat disaksikan ahli keluarga dan rakan taulan.

Bakal menjadi iman kepada pelakon jelita, Uqasha, Kamal berkata, mereka enggan menghebohkan tarikh pernikahan lantaran bimbang hari bahagia tergendala sekali lagi.

“Sebelum ini, kami pernah mengumumkan mengenai majlis perkahwinan, tetapi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan majlis terpaksa ditangguhkan.

“Kami tidak pernah berniat mahu menipu atau menyorokkan benda baik.



“Insya-Allah, apabila tiba masanya dan sudah dapat tarikh yang sesuai, kami akan berkongsi. Kemenangan ini juga umpama hadiah perkahwinan kami,” katanya kepada BH Online.

Kamal berkata, persiapan melangkah ke gerbang perkahwinan sudah dilakukan, namun, mereka masih perlu mengumpul beberapa barangan menjelangnya hari bahagia itu.

Mengulas keistimewaan dimiliki Uqasha yang membuatkan hatinya tertawan, Kamal berkata, mereka mempunyai banyak persamaan.


Baca Artikel Menarik :


“Antaranya, kami gemar menikmati makanan yang enak, suka melancong dan menonton wayang.



“Persamaan inilah menyebabkan kami mudah serasi. Uqasha sentiasa menyokong apa sahaja yang saya lakukan dan saya memang memerlukan ‘partner in crime’ sepertinya.

“Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar tanpa diganggu gugat sesiapa sepanjang lapan bulan mengikat tali pertunangan. Kami saling mempercayai dan seronok dengan perhubungan ini.

“Setiap kali berada di sisi Uqasha, saya rasa tenang. Sekiranya ada masalah atau rasa tidak puas hati, kami tidak suka simpan lama-lama. Saya akan berusaha memujuk Uqasha, begitu juga dengannya,” kata Kamal.

Katanya, dia dan Uqasha sebolehnya tidak mencampur adukkan antara kerja dan hubungan peribadi, biarpun sering berlakon bersama.



“Sebolehnya, saya dan Uqasha mengelakkan daripada terjadinya perbalahan kerana enggan menyusahkan orang lain.

“Kami bersikap profesional dengan tidak mencampur adukkan hal peribadi ketika di lokasi penggambaran.

“Jika tidak puas, kami lebih suka berbincang dan bercakap baik-baik,” kata Kamal yang kini sibuk dengan kerja pengarahan drama Sihir.

Mengulas kemenangan kategori Gandingan Serasi Drama selama dua tahun berturut-turut, Kamal berkata, mereka bagaikan tidak percaya dapat mempertahankan kedudukan dalam ABPBH 34, tahun ini.




Baca Artikel Menarik :


Namun, katanya, semua itu tidak akan menjadi kenyataan tanpa adanya sokongan dan undian peminat yang teguh berada di belakang mereka.

“Terima kasih tidak terhingga kepada peminat yang memilih saya dan Uqasha sekali lagi, tahun ini. Sesungguhnya, kami tidak sangka mampu mempertahankan trofi untuk dua tahun berturut-turut.

“Lagipun, melihat pesaing lain bertanding, semuanya kuat-kuat, jadi kami tidak meletakkan sebarang harapan.

“Namun, kami bersyukur, selepas drama Setelah Terlafaznya Akad, peminat sekali lagi memberikan kepercayaan kepada kami menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa.



“Kami berharap peminat akan tidak jemu untuk mengundi dan terus menyokong saya dan Uqasha untuk drama terbaharu kami, tahun depan,” katanya. BH

Hadiah perkahwinan Kamal, Uqasha


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker