#PRNMELAKA : “MAS ERMIE MEMANG TAK BOLEH PAKAI..” – PENGUNDI

Oleh Ustaz Jeff

Lima hari lagi untuk hari pembuangan undi PRN Melaka iaitu pada 20 November ini. Saban hari semakin ramai masyarakat di Masjid Tanah khususnya di Tanjung Bidara yang tampil meluahkan resa kecewa dengan Ahli Parlimen Masjid Tanah iaitu Datuk Mas Ermieyati yang telah melompat parti daripada BN ke PPBM.

Seorang pengundi iaitu Encik Mohd Khairuddin Hj. Maklum memaklumkan bahawa dulu semasa menjadi calon BN, beliau menyokong penuh Mas Ermieyati tapi setelah dia bertukar parti, dia merasa amat kecewa dengan sikap Ahli parlimen Masjid Tanah itu.

“Secara peribadi saya kecewa atas apa yang berlaku, kerana kita memberi sokongan penuh Ketika bersama BN dan UMNO, kita berjuang untuk dia siang malam, akhirnya bila kerajaan bertukar dia melompat ke parti yang lain.” Kata Khairuddin.



Seorang lagi pengundi iaitu Encik Johari Sharif berkata, “Saya sejak dia beralih arah melompat jadi katak, sejak itu memang saya dah tak suka dia dah.”

“Buatlah ap acara sekalipun memang kita takkan ikut dia.” Kata Johari.

Puan Jamilah Ibrahim pula berkata apabila Mas Ermieyati melompat tanpa apa-apa alasan yang diberikan dan tanpa meminta maaf.

Encik Abdul Rashid iaitu seorang lagi penduduk di Masjid Tanah yang ditemui memberitahu beliau amat terkejut dan kecewa dengan tindakan Mas melompat parti kerana merasakan segala susah payah jentera parti dan pengundi yang mengundi mereka rasa dikhianati dengan tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu.



https://youtu.be/8Z-K3vmwho0

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker