Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat

Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat

Seorang perancang pengangkutan mencadangkan agar motosikal “kapcai” dikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah.

Wan Agyl Wan Hassan menyifatkan motosikal “kapcai” sebagai “jentera pembunuh” berdasarkan kadar kematian penunggang membabitkannya yang tinggi. “Kapcai” adalah istilah slanga bagi motosikal “underbone” dengan enjin berkapasiti bawah 250cc.



“Di Malaysia, ‘kapcai’ adalah jentera pembunuh yang mengakibatkan banyak kematian – secara purata 4,100 kematian setahun dalam tempoh 12 tahun – dan ini adalah kehilangan produktiviti bagi negara,” katanya pada sebuah program bual bicara di Astro Awani.

Dianggarkan terdapat 11 juta motosikal “kapcai” aktif di Malaysia, menurut Wan Agyl.

Beliau berkata, dapatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa negara mengalami kerugian ekonomi besar sebanyak RM18.15 bilion daripada kematian pengguna motosikal dari 2015 hingga 2017.

“Ini adalah kerugian besar buat negara. Adakah kita masih mahu motosikal sebegini di atas jalan raya?” soal Wan Agyl, bekas ketua Bahagian Perancangan dan Polisi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).



Angka daripada polis trafik persekutuan menunjukkan 79,916 pengguna motosikal terbunuh dalam kemalangan jalan raya dari 2001 hingga Ogos tahun ini dan 70.2% daripada kematian nahas jalan raya setakat Ogos membabitkan pengguna motosikal.

Terdapat 15.2 juta motosikal berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 90% daripadanya adalah model “kapcai”.

Statistik terkini menunjukkan bahawa Malaysia semakin hampir menggantikan Thailand sebagai negara paling berbahaya bagi penunggang motosikal.

Katanya, pengguna motosikal “kapcai” juga terdiri daripada penunggang kanak-kanak.



“Motosikal jenis ini ringan dan mudah dikendalikan, jadi kanak-kanak menggunakannya di kawasan luar bandar untuk pergi ke sekolah atau membeli barangan runcit.

“Kita perlu fikir sama ada kita mahu mengekalkan atau tidak motosikal jenis ini atau perlahan-perlahan menghapuskannya secara berperingkat,” katanya.

Beliau bersetuju dengan pengacara bersama program bual bicara berkenaan, Melisa Melina Idris, bahawa keputusan sedemikian mungkin tidak popular dari segi politik kerana ramai membeli motosikal jenis ini disebabkan harganya yang lebih murah, iaitu secara purata RM3,000 hingga RM4,000.

Bagaimanapun, motosikal elektrik adalah lebih murah, dengan harga antara RM1,500 dan RM2,000 dan tidak selaju atau mudah diubah suai dan ditukar menjadi “jentera pembunuh”.



Cadangan untuk membendung penggunaan motosikal “kapcai” oleh remaja telah diutarakan sejak 14 tahun lalu.

Pada mesyuarat tahunan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya 2019, seorang pegawai kanan polis meminta Kementerian Pengangkutan merangka dasar jangka panjang untuk memperkenalkan kategori pelesenan baharu bagi penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun hanya menggunakan skuter dengan kapasiti enjin kecil atau motosikal elektrik berkuasa rendah.

Perkara yang sama turut dikemukakan oleh ahli lembaga pengarah MIROS pada forum keselamatan motosikal di Perlis dua tahun lalu.

Bulan lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan mengenakan peraturan baharu dngan hanya membenarkan remaja bersekolah menunggang moped atau motosikal berkapasiti enjin kecil yang hanya boleh bergerak pada kelajuan maksimum sehingga 45km/j. FMT



Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro



Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

One Comment

  1. Cadangan yang bagus juga, kita harus ikut Taiwan. Di sana tiada kapcai, hanya skuter yang dibenarkan di jalanraya. Dalam tempoh penghapusan kapcai secara beransur-ansur, penguatkuasaan yang keras juga perlu dilaksanakan oleh pihak polis dan JPJ. Mana2 motor yang diubah suai, motor tersebut harus dirampas dan dilupuskan kerana melanggar syarat2 lesen, serupa juga bila pihak majlis tempatan merampas mesin2 judi, mesin2 judi dilupuskan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker