Suami Mira Filzah tanding Exco Pemuda UMNO

Suami Mira Filzah tanding Exco Pemuda UMNO

Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar mengesahkan dirinya bertanding bagi jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan parti bulan depan.

Beliau merupakan suami kepada selebriti terkenal, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau dikenali Mira Filzah berkata, keputusan itu dibuat bagi membawa pembaharuan dalam parti.

“Saya hantar borang untuk menawarkan diri sebagai Exco Pemuda UMNO. ALLAH jentik hati untuk cuba menawarkan perkhidmatan saya untuk parti UMNO ini.

“Saya mahu cuba bawa keyakinan semula kepada parti setelah apa yang berlaku pada PRU lepas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Pada 28 Januari, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemilihan UMNO akan diadakan bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac ini.

Tambah Ahmad, tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023 jam 5.00 petang.

Wan Emir yang juga anak kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkata, kudrat dan tenaga akan disumbangkan sepenuhnya kepada parti tersebut sekiranya diberi peluang menjawat jawatan itu.

“Mungkin saya nak cuba, macam mana saya boleh nak menawarkan khidmat kepada Pemuda UMNO. Lagi-lagi Undi 18 dan segalanya ini, mungkin ada pendekatan baru yang boleh digunakan untuk meraih undi pengundi pada masa akan datang.

“Tengoklah macam mana (mungkin) penjenamaan semula, apa yang kita boleh buat untuk UMNO,” Jelasnya. Sinar

Suami Mira Filzah tanding Exco Pemuda UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker