OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran

OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran

OPPO, jenama peranti pintar global terkemuka melancarkan telefon pintar Siri A terbaharu – OPPO A95 di Malaysia.

Meneruskan ciri-ciri Siri A OPPO, OPPO A95 memperkasakan pengguna melalui teknologi berkuasa dan rekabentuk bergaya bagi memenuhi keperluan pengguna muda dan canggih untuk komunikasi harian yang lebih pintar.



OPPO A95 dilengkapi dengan bateri besar 5000mAh dan 33W pengecasan kilat untuk memastikan hayat bateri dan masa penggunaan yang lebih lama.

Dikemaskan dengan bergaya menggunakan rekabentuk OPPO Glow yang unik, telefon pintar ini bukan sahaja cantik untuk dilihat, tetapi juga sangat selesa untuk digunakan dan sangat tahan lama.

Ia juga menampilkan teknologi pengembangan RAM yang dibangunkan oleh OPPO sendiri untuk membuka kunci potensi penuh OPPO A95.

”Dari bekerja sehingga bermain, OPPO A95 menawarkan pengalaman telefon pintar yang membolehkan anda menjalani kehidupan seharian dengan yakin,” kata Garry Gong, Naib Presiden, OPPO Malaysia.



Dikuasakan oleh platform Qualcomm® SnapdragonTM 662, OPPO A95 memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan cekap pada setiap masa.

Ini dipertingkatkan lagi dengan Penggalak Sistem, sut pengoptimuman peringkat sistem yang memastikan telefon berjalan dengan lebih lancar. OPPO A95 juga dilengkapi dengan konfigurasi RAM 8GB+5GB dan ROM 128GB serta teknologi pengembangan RAM, membenarkannya menukar storan ROM kepada RAM apabila didayakan secara manual.

OPPO A95 membantu menyelesaikan kebimbangan pengguna mengenai hayat dan kapasiti bateri dengan bateri besarnya 5000mAh dan 33W Pengecasan Kilat, yang boleh mencapai cas penuh dalam masa 72 minit.

Dengan pengecasan 5 minit, pengguna boleh menikmati 1.8 jam masa tontonan video YouTube dan 5.7 jam masa panggilan suara. OPPO juga telah menambah satu siri ciri pengecasan pada OPPO A95 yang menjadikan pengecasan peranti lebih selamat dan lebih mudah.



Untuk foto dan video, OPPO A95 menampilkan persediaan tri-kamera di bahagian belakang peranti termasuk kamera utama 48MP, kamera penderia kedalaman 2MP dan lensa makro 2MP, bersama-sama dengan satu siri ciri yang disokong oleh AI untuk menangkap imej berkualti tinggi.

Ini termasuk 15 pratetap penapis meningkatkan imej yang berbeza; Peningkatan Pemandangan AI, yang dengan bijak boleh mengenali pemandangan seperti makanan, bunga, matahari terbenam dan banyak lagi, untuk mengoptimumkan warna, ketepuan dan kecerahan; dan Mod Malam, untuk mengambil foto yang terang dan jelas dengan butiran yang mengagumkan pada waktu malam atau dalam tetapan pencahayaan malap.

OPPO A95 juga dilengkapi dengan beberapa ciri seperti Video Stabil, SLO-MO dan Soloop, membantu menyimpan dan merakam setiap detik berharga dalam hidup.

Selain itu, keseluruhan telefon ini dihasilkan agar menjadi kalis habuk dan kalis air, dengan penarafan IPX4.



Telefon ini juga telah diuji dari segi ketahanan dengan menjalani satu siri ujian gosokan terhadap pelbagai bahan isi rumah biasa yang direka untuk mensimulasikan penggunaan harian, memastikan bahawa ia boleh menghadapi hampir semua cabaran yang bakal mendatang.

OPPO A95 tersedia dengan dua warna bergaya: Glowing Rainbow Silver dan Glowing Starry Black. Kedua-dua model ini memaparkan reka bentuk OPPO Glow yang eksklusif oleh OPPO, yang memberikan penutup belakang telefon rupa berkilauan halus, mencipta kemasan dwi-matte dengan butiran berkilauan. Penutup telefon terasa sangat halus dan licin untuk dipegang, dan ia juga kalis cap jari, kalis calar, kalis haus dan kalis api, membantu pengguna memastikan telefon sentiasa bersih dan bebas daripada haus dan lusuh.

OPPO A95 dilengkapi dengan paparan 6.43 inci dengan 90.8% nisbah skrin-ke-badan ultra tinggi dan resolusi tinggi 2400×1080. Paparannya pula dipasangkan dengan Penjagaan Mata AI Sepanjang Hari – satu siri ciri yang terdiri daripada Lampu Latar Pintar AI dan Peredupan DC yang membantu memastikan pengalaman visual yang lebih sihat dan selesa sepanjang hari.

Dengan bateri besar 5000mAh, telefon ini masih dengan ketebalan hanya 7.95mm dan berat hanya 175g.



Ia dijual dari harga RM1,099. MG

OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro



Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker