Khalid Samad kata lesen judi, penjualan arak hanya gimik politik PAS

KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri disifatkan sebagai gimik politik.

Hal itu antara lain kerana kerajaan Kedah semata-mata ma­hu mendapatkan soko­ngan­ golongan populis dan penyokong, pada masa sama mahu menghakis hak orang bukan Islam di negeri itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, tindakan kerajaan negeri diterajui Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor daripada Pas itu antara lain kerana kerajaan tidak dapat menunjukkan sebarang prestasi baik dalam aspek pengurusan negeri dan ekonomi.

“Dengan tidak lagi meluluskan lesen premis judi ia tidak akan boleh mengganti kekura­ngan yang sangat ketara oleh kerajaan negeri kerana apa yang rakyat harapkan ialah memajukan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan negeri seolah-olah tidak menjaga sensitiviti dan keperluan kaum-kaum lain. Jika ulama Islam kata ia haram, saya okay, tetapi ini telah menindas hak masyarakat lain,” katanya ketika dihubungi semalam.Kelmarin, Kedah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh ne­geri berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco minggu lalu bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada penduduk di negeri itu.

Senada dengan Tian Chua, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan negeri sepatutnya me­rujuk kepada pihak tertentu dan rakyat jika didapati kerajaan tidak melaksanakan peraturan itu melalui prosedur yang betul.

Hal itu terutama Pas yang sepatutnya mentadbir de­ngan sifat fathonah atau cerdas, membahaskannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bukannya dalam keadaan memaksa dan terburu-buru melaksanakannya.

Bagaimanapun, pandangannya tidak mencerminkan bersetuju untuk judi terus berope­rasi di Kedah atau mana-mana negeri sebaliknya, tindakan dan pendekatan kerajaan negeri itu yang yang menggambarkan Islam seolah-olah suka memaksa ke atas orang bukan Islam.

“Sebagai negeri yang berperlembagaan, mesti ikut cara sedia ada. Lihat sahaja cara Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Allahyarham buat keputusan dengan cara bijaksana, berunding dan dibawa ke dewan, bincang de­ngan semua pihak termasuk paderi, tok sami, jadi tidak timbullah kemarahan rakyat.

“Cara kerajaan negeri ini tidak pun menyelesaikan masalah judi terutama ketika kegiatan ini boleh dilakukan secara dalam talian. Ia harus bermula dengan pendidikan. Apapun, kita serah pada rakyat, mungkin sebab mahu dekat pilihan raya, jadi kerajaan mahu tunjuklah usaha mereka,” katanya.

Khalid Samad kata lesen judi, penjualan arak hanya gimik politik PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


#PRNMelaka : Mas Ermieyatie akan jadikan Tanjung Bidara sebagai kawasan pembangkang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker