#PRNMelaka : Rais tawarkan 8 janji yang realistik untuk penduduk Paya Rumput

Oleh Wahida

Mengikuti kesungguhan calon BN Rais Yasin untuk N13 Dun Paya Rumput berkempen, ramai yang ternanti-nanti apakah tawaran-tawaran yang akan diberikan kepada penduduk Paya Rumput.

Sebelum itu, sepanjang kemenangan calon PPBM – Rafiq bin Naizamohideen di PRU14 lalu, sering kedengaran keluh-kesah penduduk setempat kerana wakil rakyat yang dipilih gagal selesaikan masalah mereka.



Rafiq sukar sekali didekati dan sentiasa menghilangkan diri. Beliau hanya akan muncul sekadar merasmikan program atau sekiranya ada isu-isu setempat, Rafiq cuma hadir untuk liputan wartawan kemudian terus menghilangkan diri.

Oleh itu, Rais dengan slogannya – Bermulanya Perubahan, seorang ‘Local Boy’ sangat memahami kepentingan dan kebajikan yang terbaik untuk penduduk Paya Rumput. Kini beliau menawarkan 8 janji yang realistik yang akan mampu dilaksanakan.

Sebelum Rais membuat janji, beliau telah mengenalpasti masalah genting iaitu banjir yang kerap berlaku terutamanya di sekitar kawasan Cheng, Tanjung Minyak dan kawasan yang paling terkesan adalah di Kampung Krubung sehinggakan dalam tempuh 2 jam sahaja, air telah naik dengan cepat dan penduduk setempat tidak sempat selamatkan perkakas-perkakas rumah yang penting.

Adalah menjadi hasrat Rais meningkatkan pendapatan rakyat setempat. Oleh kerana kawasan Paya Rumput tidak mempunyai pantai untuk menarik pelancong, Rais berhasrat mewujudkan ‘UpTown Paya Rumput’ yang memberi peluang perniagaan dan memasarkan segala produk nelayan yang berdekatan dan kraftangan. Sekali gus, UpTown Paya Rumput mampu dijadikan persinggahan pelancong untuk mendapatkan buah tangan secara menyeluruh dari Melaka.



Pendidikan sangat dekat di hati Rais. Maka pusat tuisyen percuma akan diwujudkan di kawasan-kawasan perumahan dan di kampung-kampung. Selaras dengan hasrat Rais mewujudkan pusat-pusat tuisyen ini, capaian dan kelajuan internet perlu diperluaskan lagi. Ia juga adalah keperluan untuk keseluruhan penduduk Paya Rumput di mana hari ini, segalanya bermula di hujung jari.

Untuk mengurangkan kes jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan penduduk Paya Rumput, Rais akan berusaha untuk mendapatkan kelulusan kerajaan Negeri mewujudkan satu lagi balai polis memandangkan ketika ini terdapat hanya satu sahaja. Penduduk Paya Rumput juga sememangnya ternanti-nanti sebuah masjid yang mampu memuatkan kapasiti tinggi untuk jemaahnya

Kesemua 8 janji ini mampu dilaksanakan sekiranya Rais mendapat kemenangan pada 20 November nanti. Hubungan baik Rais di peringkat negeri dan juga Putrajaya akan mampu mempercepatkan lagi segala janji-janji ditunaikan. Percayalah, jika menang, Rais tidak akan menghampakan penduduk Paya Rumput dan yang pasti, segala kekecewaan mereka ketika diwakili Rafiq (Perikatan Nasional) tidak akan berulang lagi.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker