‘Jangan persoal pengampunan Najib, tak tahu nasib siapa lepas ini’

‘Jangan persoal pengampunan Najib, tak tahu nasib siapa lepas ini’

Ahli Parlimen pembangkang diminta tidak berterusan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mengurangkan hukuman kepada bekas perdana menteri, Najib Razak, kata seorang ahli parlimen BN.

Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berkata, ahli parlimen pembangkang juga perlu mempertimbangkan sumbangan Najib kepada negara apabila mengkritik permohonan pengampunan oleh bekas perdana menteri itu.



Kata Isam, mereka sendiri mungkin memerlukan pengampunan daripada Seri Paduka pada masa akan datang.

“Saya berpendapat soal pengampunan diraja ini janganlah dipersoalkan… tidak kiralah sebesar mana kebencian yang ada di dalam diri kepada beliau, sekurang-kurangnya budi dan jasa beliau kepada negara cukup banyak.

“Kita perlu beringat, hari ini mungkin terkena pada dirinya, esok lusa kita belum tahu nasib siapa pula selepas ini, lebih-lebih lagi kawan-kawan di sebelah sana juga ramai yang tergolong di dalam kluster mahkamah,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

‘Kluster Mahkamah’ ialah gelaran yang diberikan kepada pemimpin politik yang didakwa di mahkamah atas kes berkaitan rasuah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.



Walaupun tidak menyebut nama, Isam dipercayai merujuk kepada beberapa pemimpin PN yang menghadapi perbicaraan rasuah termasuk bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.

‘Terkena ketulahan’

Terdahulu dalam ucapannya, ahli parlimen BN itu turut membidas Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) kerana salah menamakan Yang di-Pertuan Agong dalam ucapannya di Dewan Rakyat minggu lalu.

Azman melakukan kesilapan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ketika membahaskan titah Sultan Ibrahim pada 28 Feb.



Dia kemudiannya diarahkan oleh speaker Dewan Rakyat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Seri Paduka pada keesokannya.

Mohd Isam secara sinis mengatakan Azman mungkin terkena “ketulahan” kerana mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengurangkan hukuman terhadap Najib.

“Mengikut Perkara 42(1) perlembagaan persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk mengampun, menunda dan melegakan hukuman.

“Minggu lalu ada sahabat saya di sebelah sana (blok pembangkang) begitu teruja berbahas dengan mempertikaikan pengampunan Datuk Seri Najib tanpa menyedari kesalahannya yang telah tersalah menyebut nama tuanku di awal ucapan.



“Itulah salah satu contoh orang yang terkena ketulahan apabila mengingkari perintah raja-raja Melayu,” katanya.

Dalam budaya masyarakat Melayu, Raja-raja Melayu dikatakan mempunyai kuasa istimewa dan sesiapa yang menentang mereka akan ditimpa musibah atau dikenali sebagai ‘ketulahan’. Mk

‘Jangan persoal pengampunan Najib, tak tahu nasib siapa lepas ini’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’



Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker