Gugukan ‘Nuklear’ ke atas Gaza adalah satu pilihan – Menteri Israel Laknatullah

BAITULMAQDIS: Seorang menteri Israel digantung daripada mesyuarat kerajaan sehingga diberitahu kelak, selepas mencadangkan dalam temu bual menggugurkan bom nuklear ke atas Gaza, menurut pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Komen Menteri Warisan, Amichay Eliyahu yang menyokong tindak balas ketenteraan yang sengit terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober walaupun mengorbankan nyawa tebusan yang dipercayai ditahan di Gaza juga mendapat teguran daripada keluarga tawanan.

Eliyahu, ahli politik ultranasionalis sebahagian daripada gabungan pemerintah Netnayahu, memberitahu radio Kol Barama Israel bahawa dia tidak berpuas hati sepenuhnya dengan skala tindakan balas Israel di wilayah Palestin selepas pejuang Hamas melakukan serangan maut mereka di selatan Israel.



Serangan tentera Israel di Gaza sejak 7 Oktober sudah membunuh 9,488 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.

Apabila pengacara bertanya sama ada menteri Israel menganjurkan untuk menjatuhkan sejenis “bom atom” di Semenanjung Gaza untuk membunuh semua orang, Eliyahu menjawab ia satu pilihan.

Pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu segera bertindak balas dalam satu kenyataan, menyifatkan kenyataan Eliyahu sebagai terputus hubungan daripada realiti dan menambah bahawa Israel cuba menyelamatkan “bukan pejuang” di Gaza.

Dalam soalan susulan mengenai anggaran 240 tebusan yang ditahan di Gaza, Eliyahu berkata, dalam peperangan mereka membayar harga.



“Kenapa nyawa tebusan… lebih penting daripada nyawa askar?,” katanya.

Sementara itu, Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang, mewakili saudara-mara orang yang diculik ke Gaza oleh pejuang Hamas, menyelar kenyataan melulu dan kejam Eliyahu.

“Undang-undang antarabangsa, bersama dengan prinsip asas moral manusia dan akal sihat, melarang keras penggunaan senjata pemusnah besar-besaran,” katanya dalam satu kenyataan, menggesa semua tebusan dibebaskan.

Ekoran bantahan terhadap kenyataannya, Eliyahu berkata dalam catatan di X, bahawa kenyataannya mengenai bom atom adalah “metafora”.



Dia juga berkata, Israel komited untuk melakukan segala yang mungkin untuk mengembalikan tebusan dengan selamat dan sihat.

Bagaimanapun, Israel tidak pernah mengaku mempunyai bom nuklear. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker