Pasangan suspek samun teksi, kereta sewa di Lahad Datu diburu polis

Pasangan suspek samun teksi, kereta sewa di Lahad Datu diburu polis

Lahad Datu: Polis sedang memburu dua suspek yang terbabit dalam dua kes samun bersenjata tajam dan mendatangkan kecederaan di daerah ini, pagi tadi dan semalam.

Mangsa pemandu teksi berusia 67 parah dilanggar oleh suspek manakala mangsa kedua iaitu pemandu kereta sewa berusia 75 tahun cedera di kedua-dua pergelangan tangan akibat diserang oleh suspek dengan senjata tajam.



Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian 6.30 pagi tadi, mangsa ditahan oleh dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30 tahun di hadapan sebuah hotel di bandar ini.

“Kedua-dua suspek menyamar sebagai penumpang teksi untuk pergi ke sebuah kawasan di Jalan Segama. Ketika dalam perjalanan suspek mengacukan pisau dan meminta wang daripada mangsa.

“Mangsa berjaya keluar dari kenderaan selepas bergelut dengan suspek dan berusaha untuk menyelamatkan diri keluar dari teksinya dan melarikan diri namun suspek telah melanggar mangsa di kawasan tepi jalan di Jalan Putatan, di sini sebelum beredar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar oleh orang awam yang melalui kawasan dengan menggunakan kenderaan persendirian ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.



“Mangsa luka di bahagian leher, bahu dan patah tulang pinggang kiri. Hasil siasatan polis berjaya mengesan teksi mangsa jenis Proton Persona yang ditemui terbabas di tepi jalan di Jalan Putatan.

“Dipercayai kedua-dua suspek terbabas sendiri sebelum melarikan diri. Pasangan suspek ini dipercayai warga asing.

“Modus Operandi suspek adalah menyamar sebagai penumpang kemudian akan membawa mangsa ke suatu tempat sunyi sebelum menyamun dan mencederakan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Rohan berkata, kejadian pertama seorang pemandu kereta sewa disamun oleh pasangan terbabit jam 4.30 pagi semalam di lorong belakang sebuah bank di bandar ini.



Katanya, mangsa lelaki disamun dan menanggung kerugian sebanyak RM14,000 apabila jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM160 dilarikan oleh dua suspek lelaki dan wanita.

“Turut dilarikan oleh kedua-dua suspek itu iaitu kereta Proton Iswara milik mangsa. Dalam kejadian ini mangsa cedera di kedua-dua belah pergelangan tangan akibat diserang oleh suspek juga dengan senjata tajam.

“Polis percaya kedua-dua kejadian samun berkawan dan bersenjata ini dilakukan oleh pasangan suspek yang sama,” katanya.

Menurutnya lagi, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, sedang berusaha untuk mengesan kedua-dua suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan juga lakaran fotofit kedua-dua suspek.



“Selain itu, dalam siasatan, polis berjaya mengesan dan menimbulkan tujuh cap jari pada teksi dan 14 cap jari pada Proton Iswara.

“Kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya. HM

Pasangan suspek samun teksi, kereta sewa di Lahad Datu diburu polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker