Bunuh dan bakar kekasih hamil, keluarga mahu pelaku terima hukuman setimpal

Suasana proses pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Sabak Bernam

SABAK BERNAM – Keluarga seorang wanita hamil yang dibunuh dan dibakar teman lelakinya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau di sini, menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes itu.

Abang sulung mangsa berusia 27 tahun berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai tragedi menimpa adiknya itu sehingga siasatan selesai.

“Saya tidak berniat mahu bercakap mengenai kejadian tersebut.

“Kami berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang,” katanya selepas  pengebumian adiknya itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar di sini, malam tadi.



Jelasnya, jenazah anak kelima daripada enam beradik itu telah dituntut keluarga di Hospital Sungai Buloh.

Tambahnya, segala proses mandi, kafan dan solat dilakukan di hospital itu serta selamat dikebumikan kira-kira pukul 8.15 malam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, hasil bedah siasat  mendapati kematian mangsa berpunca luka tikaman di dada pada badan yang melecur

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik



Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)



Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker