Kongres Ekonomi Melayu anjuran UMNO saingi Proklamasi Melayu

Kongres Ekonomi Melayu anjuran UMNO saingi Proklamasi Melayu

Kongres Ekonomi Melayu bakal dianjurkan Pemuda dan Puteri UMNO akan lebih bermakna berbanding Proklamasi Melayu diterajui individu sama yang pernah diberikan peluang beberapa kali menerajui negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini kerana individu terbabit sudah diberi peluang namun tidak memanfaatkan sepenuhnya untuk membina ekonomi Melayu tetapi kini mengeluh dengan situasi kaum itu apabila tidak lagi menerajui negara.



Katanya, biarpun negara berjaya mengurangkan kemiskinan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu (DEB), jurang kekayaan masih tinggi dan kadar kemiskinan negara ialah 5.6 peratus manakala bandar ialah 3.8 peratus manakala di luar bandar ialah 12.4 peratus (2019).

“Begitu juga jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar. Purata pendapatan negara ialah RM 7,901 manakala bandar ialah RM 8,635, di luar bandar pula ialah sebanyak RM5,004 pada tahun 2019. Jurang kemiskinan perlu ditangani bagi mengelak ketidakstabilan ekonomi, politik dan sosial.

“Jurang ekonomi yang tinggi diikuti literasi politik yang rendah akan mewujudkan kelompok seperti ‘Trumpism’ di Amerika Syarikat atau munculnya golongan politik memperalatkan golongan mangsa jurang ketaksamaan dengan retorik agama dan etnik sedangkan ia perlu ditangani dengan dasar ekonomi yang lebih efisyen,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin Kongres Ekonomi Melayu yang bakal berlangsung itu adalah manifestasi kepercayaan kepada pelapis kepemimpinan muda sebagai bakal pemimpin negara pada masa akan datang.



Katanya, hasil kongres terbabit, beliau berharap akan wujud sebuah resolusi untuk penambaihbaikan pelan ekonomi yang menyeluruh.

“Kita mengharapkan pelbagai idea baharu dan di luar kotak bagi mempertingkatkan kekuatan ekonomi Melayu dan menangani ketaksamaan terbabit.

“Resolusi dan pelan ekonomi ini akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, ekonomi Melayu amat penting diberikan tumpuan kerana sebarang jurang dan ketidaksamaan akan turut menjejaskan negara.



“Hal ini adalah kerana Melayu dan Bumiputera adalah kelompok etnik majoriti negara dan sekiranya isu ketaksamaan ekonomi berterusan, tidak ditangani secara menyeluruh ia akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara keseluruhan kerana Melayu dan Bumiputera mewakili 69.7 peratus populasi negara,” katanya.

Kongres Ekonomi Melayu antara tujuh agenda yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 untuk dilaksanakan.

Proklamasi Orang Melayu pula diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong parti pembangkang termasuk PAS serta BERSATU. BH

Kongres Ekonomi Melayu anjuran UMNO saingi Proklamasi Melayu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras



Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis



Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker