Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi

Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi

Presiden MCA Wee Ka Siong menolak tanggapan dia lalai menjalankan tugas kerana pergi menonton konsert pada malam hari pengundian, ketika undi sedang dikira.

Wee berkata tempoh berkempen untuk pilihan raya enam negeri telah tamat pada malam sebelumnya.



“Konsert (Jacky) Cheung mula 8 malam, dua jam selepas waktu mengundi tamat.

“Kita kena berhenti kempen pada jam 11.59 pada hari sebelumnya. “Ini undang-undang,” katanya dalam rakaman video di Facebook.

Klip video memaparkan Wee menonton konsert Cheung, artis Hong Kong, menjadi tular. Pengguna maya mempertikaikan kenapa dia tidak bersama pemimpin BN lain ketika undi dikira.

Dalam rakaman video di Facebooknya semalam, Wee ditanya kenapa dia “sangat bebas” semasa tempoh berkempen.



Wee kemudiannya menunjukkan sembilan keping gambar bagi membuktikan dia ada membantu kempen BN.

Wee juga bergurau bahawa dia hadir ke konsert itu bersama “bekas kekasihnya”, sekali gus membayangkan ia kini menjadi isterinya.

“Kamu tolong saya hantar gambar ini pada isteri saya dan beritahu dia bekas kekasih Wee sangat cantik, dia pasti sangat gembira,” selorohnya.

Dalam pilihan raya Sabtu lalu, BN hanya memang di 19 dariapda 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.



Bagaimanapun, hanya Umno yang bertanding manakala MCA dan MIC tidak terlibat. Mk

Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker