Remaja parah perut tertusuk buluh bendera

Remaja parah perut tertusuk buluh bendera

GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki parah apabila perutnya tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya terlanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang berisi muatan itu dalam kejadian di KM 29 Jalan Gua Musang-Jeli di sini malam tadi.

Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku ketika pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara itu, dalam perjalanan untuk pergi memancing kira-kira 9.30 malam.



“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa terlanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan muatan buluh yang sedang parkir di atas Jambatan Pulau Setelu.

“Susulan itu, mangsa tertikam dengan satu batang buluh yang digunakan untuk memasang bendera parti politik berukuran 2m dan menembusi perutnya,” katanya dalam kenyataan.

Sik berkata, mangsa dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda itu diparkir di atas jambatan berkenaan kerana pemiliknya sedang melakukan kerja-kerja mencabut bendera parti politik berhampiran lokasi kejadian.



“Pengguna jalan raya diminta supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di atas jalan dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain,” katanya.

Sik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. FMT

Remaja parah perut tertusuk buluh bendera

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker