Universal Studios Beijing Akan Dibuka Pada 20 September [ VIDEO}

Universal Studios Beijing Akan Dibuka Pada 20 September [ VIDEO}

SHANGHAI: Universal Studios Beijing akan dibuka secara rasmi pada 20 September ini, menurut laporan media kerajaan, CCTV, pada Isnin.

Pembangunan taman tema itu adalah hasil usahasama Universal Parks and Resorts di bawah Comcast Corp dan juga syarikat milik kerajaan, Beijing Shouhuan Cultural Tourism Investment. Berdasarkan jadual pengurusan, taman tema berkenaan akan memulakan operasi percubaan pada 1 September.



Pada tahun 2014, Universal Studios mengumumkan tentang projek resort tersebut, yang merupakan taman tema ‘jenama’ Universal Studios yang kelima di dunia. Pada permulaannya, projek mega itu dijangka menelan belanja sejumlah AS3.3 bilion (RM13.72 bilion).

Tarikh pembukaannya telah tertunda selama beberapa bulan akibat ancaman pandemik COVID-19, lapor media tempatan.



Selain pengalaman menaiki pelbagai rides, pertunjukan, hotel, peruncitan, makanan dan kompleks hiburan, ia juga menawarkan tarikan yang direka khas untuk mencerminkan warisan budaya China, ujar Universal dalam laman web mereka.

Beijing Shouhuan Cultural Tourism Investment dimiliki lima syarikat kerajaan yang berpangkalan di Beijing, termasuk Beijing Tourism Group, iaitu salah satu firma pelancongan terbesar negara itu.

https://youtu.be/bEE3-UARct8

Reuters



Universal Studios Beijing Akan Dibuka Pada 20 September [ VIDEO}


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker