Netizen Negara Bertindak, Ziyad Sohor Kini Di Twitter

Netizen Negara Bertindak, Ziyad Sohor Kini Di Twitter

Kontroversi melibatkan kemenangan atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat emas kedua negara di Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi terus sohor kini di Twitter dengan ciapan melebihi 71,000.

Selain tanda pagar #Ziyad, turut sama sohor kini ialah #Ukraine dengan ciapan melebihi 38,700 kali selain #paralympics dengan angka sebanyak 296,000.

Difahamkan, #Ziyad dan #Ukraine menjadi sohor kini berikutan netizen mula meluahkan rasa tidak puas hati selepas pingat emas Ziyad ditarik balik susulan atlet Ukraine melakukan protes terhadap kemenangan tersebut.



Rata-rata pengguna Twitter meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap sikap tidak profesional ditampilkan atlet Ukraine hingga menyebabkan kemenangan emas Ziyad terbatas meskipun memecahkan rekod dunia.

#Ziyad dan #Ukraine sohor kini di Twitter hari ini.

“Sangat tidak menunjukkan semangat kesukanan di mana mahu menang menerusi sudut teknikal, pingat emas Ziyad adalah rekod dunia, rekod paralimpik dan rekod negara. Semuanya hilang kerana protes Ukraine,” kata Lee Seng Foo.

“Kami memohon siasatan lanjut. Ziyad dipanggil ke ruangan menunggu sejak mula lagi, ini bermaksud, dia layak bertanding. Protes Ukraine hanya selepas pertandingan berakhir. Kenapa tidak daripada awal protes itu?,” soal Zulkieli Sulaiman.

“Ukraine sangat memalukan, kenapa tidak buat protes sejak sebelum pertandingan, kamu hanya takut kepada kami,” kata Manpie.



Terdahulu, Ziyad memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter sekali gus menyumbangkan pingat emas kedua buat Malaysia.

Pun begitu, kemenangan itu ditarik balik selepas protes dilakukan atlet Ukraine dengan mendakwa Ziyad tidak berada di bilik menunggu seterusnya membolehkan atlet terbabit berjaya meraih emas bagi acara itu. -K! ONLINE

Netizen Negara Bertindak, Ziyad Sohor Kini Di Twitter


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker