Kebahagian Abang Tesla bersama dua isteri bikin netizen cemburu

Kebahagian Abang Tesla bersama dua isteri bikin netizen cemburu

PEMPENGARUH media sosial dikenali sebagai Abang Tesla melahirkan rasa syukur atas rezeki dijemput ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama dua orang isterinya.

Memohon doa yang baik, Abang Tesla menerusi video yang dikongsikan di TikTok juga bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik dan memahami.



“Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dilimpahkan rezeki dan dijemput lagi sampai ke Madinah untuk menunaikan umrah. Saya sangat bersyukur dan semua yang terjadi atas izin Allah.

“Saya sangat syukur dikurniakan isteri yang baik dan memahami. Apa pun, saya cuma nak minta doa orang ramai untuk doakan yang terbaik untuk kami, kebahagiaan kami,” katanya.

Pada perkongsian yang sama, Abang Tesla juga memohon maaf jika ada terkasar bahasa selain kesilapan yang dilakukan.

“Apa yang silap, kami nak mohon maaf dan andai kata ada terkasar bahasa ke, kami nak mohon sekali lagi maaf. Kami cuma nak minta doa yang baik-baik untuk kami,” ujarnya lagi.



Perkongsian itu nampaknya berbeza dengan sebelum ini kerana rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan gembira melihat kedua-dua isteri Abang Tesla bahagia bersama.

“Doakan kebahagiaan untuk Abang Tesla, kak Maj dan Syafiqah. Moga dapat zuriat soleh dan solehah. Bahagia dunia akhirat.

“Semoga Abang Tesla diberi kebahagiaan dan dikurniakan cahaya mata daripada kedua-dua isteri. Amin.

“Semoga menjadi inspirasi buat wanita-wanita, isteri-isteri lain untuk hidup bermadu,” komen beberapa netizen.



Sebelum ini, tular di media sosial, Abang Tesla memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Berdasarkan pada kapsyen gambar tersebut, Abang Tesla menyatakan mereka akan bercuti di Turki dan menunaikan umrah bersama keluarga. Gempak

Kebahagian Abang Tesla bersama dua isteri bikin netizen cemburu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker