Punca Mara Digital malap

Punca Mara Digital malap

Silap strategi dan tidak banyak pilihan barang jualan antara punca Mara Digital Mall gagal bersaing dengan premis seperti Low Yat, kata seorang taikun peruncitan serta pakar ekonomi.

Pengarah Urusan rangkaian pasaraya Mydin, Ameer Ali Mydin menyifatkan strategi meletakkan tapak jualan peralatan telekomunikasi dan teknologi maklumat (IT) di tingkat atas Busana@Menara Mara menyebabkan ia tidak dapat menarik ramai pelanggan, meskipun lokasinya strategik.



“Barang jualan IT biasanya di tingkat bawah untuk memudahkan orang ramai membeli, tetapi Mara Digital Mall pula di tingkat atas yang menyukarkan pelanggan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, keadaan itu sukar menimbulkan pembelian impuls (tidak dirancang) kerana pelanggan keberatan ke tingkat atas.

Ameer juga melihat terdapat keperluan mendapatkan vendor bukan Bumiputera bagi menarik minat pelanggan kerana tempiasnya bakal turut dirasai peniaga Bumiputera.



Pakar ekonomi, Barjoyai Bardai pula menggariskan faktor tidak banyak pilihan dan peniaga tidak arif dengan barang jualan menyebabkan pusat itu sukar menarik pelanggan.

“Di situ sentiasa ada masalah bekalan dan peniaga pula kurang pakar dengan peralatan dijual, macam mana pelanggan boleh rasa yakin berurus niaga di situ?” soalnya.

Kedua-duanya senada faktor pembekal tunggal di awal penubuhan Mara Digital Mall pada 2015 antara punca kesuraman pusat itu kini.



“Masalahnya, sebelum ini, peniaga hanya boleh dapat bekalan dari seorang pembekal, ini menyukarkan peniaga di peringkat awal penubuhannya,” kata Ameer.

“Faktor monopoli pembekal mengganggu peniaga di sana, ia mewujudkan eksploitasi,” kata Barjoyai.

Mereka mencadangkan langkah pemulihan, antaranya membuka premis francais terkemuka seperti Starbucks untuk menarik pelanggan dan memperkenalkan platform dalam talian untuk pelanggan.

Penubuhan Mara Digital Mall dicetuskan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, ketika itu menjadi menteri luar bandar dan wilayah. Ia dilancarkan pada 2015 dan pernah diwujudkan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan dan Shah Alam, namun kini hanya dibuka di ibu kota. FMT



Punca Mara Digital malap


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib



Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker