Helikopter bertembung: Joanna ada dua anak kecil

Helikopter bertembung: Joanna ada dua anak kecil

Salah seorang kru wanita yang terkorban dalam kejadian pertembungan helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas I, Joanna Felicia anak Rohna dipercayai mempunyai dua anak kecil, seorang lelaki dan perempuan yang dalam lingkungan bawah satu tahun dan tiga tahun.

Meninjau di laman sosialnya di Facebook, Joanna yang berasal dari Kuching, Sarawak itu memuat naik gambar dan video gembira bersama anak-anaknya pada bulan lepas membuatkan netizen hiba dengan kemalangan yang berlaku.



Pemergiannya meninggalkan sebak oleh pengguna media sosial kerana telah dijemput ajal pada usia yang muda dan tidak sempat membesarkan anak-anaknya bersama suaminya.

Rata-rata mereka memberikan kata-kata takziah.

“Berat sekali ujian tuhan buat Joanna, kasihan tengok anak-anaknya masih lagi kecil,” komen Bibiana.

“Kenangan terakhir seolah-olah memberi tanda yang kita tidak sedar. May your soul rest in peace sister,” komen Bella.



“Salam takziah, semoga keluarga tabah menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan seterusnya,” komen Nuramyza.

Sementara itu dua lagi mangsa wanita yang terkorban iaitu, Pegawai Waran II, Noorfarahimi Mohd. Saedy dan Bintara Muda, Noor Rahiza Anuar dilaporkan juga merupakan hanya penumpang di pesawat HOM (M503-3). K Online

Helikopter bertembung: Joanna ada dua anak kecil

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker