Lelaki samun guna pisau diburu polis

Lelaki samun guna pisau diburu polis

Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan pisau di sebuah bank di Ipoh selepas tular satu rakaman di media sosial.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 3 saat itu menunjukkan tindakan suspek menghampiri dua individu yang sedang melakukan transaksi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sambil menghunuskan pisau.



Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku sekitar 5.20 petang pada 14 Mei lalu.

“Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Polis kini melaksanakan operasi khas bagi mengesan suspek tersebut,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian.

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh, Mohd Zulkefli Mohd Mokhtar di talian 012 4336999 atau Pusat Kawalan Daerah IPD Ipoh di talian 05 2542222. FMT



Lelaki samun guna pisau diburu polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker