Ahirine tidak dibenarkan bercinta

Ahirine tidak dibenarkan bercinta

TIDAK pernah mahu menggula-gulakan penonton dengan sekadar wajah menawan. Pelakon Ahirine Ahirudin, 26, berusaha menanam kepercayaan kepada penonton untuk melihat bakat lakonan yang dipersembahkan.

Ahirine sendiri mengakui, walaupun sudah tiga kali menjadi pelakon taruh utama sebuah naskhah filem. Rata-rata memberikan komen persembahannya belum cukup menonjol, kayu, dan tidak menjadi. Perit ditelan, namun itulah kenyataan.



Graduan Ijazah Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu membulatkan harapan. Setiap kritikan dianggapnya sebagai sebuah petanda orang sudah memberi perhatian. Dia perlu memperbaiki mutu lakonan.

Bangun daripada kritikan

Oleh itu, sebelum menerima tawaran sebagai watak Ana menerusi filem ‘Tebus’ yang ditayangkan di platform terkemuka Amerika Syarikat, Prime Video. Gadis itu terlebih dahulu ke kelas lakonan bersama di bawah pengurusan Revolution Stage.

“Saya cakap dengan pihak pengurusan, untuk tawaran kali ini, saya mahu pergi ujibakat dan mahu ke kelas lakonan sebelum masuk ke dalam set penggambaran.



“Saya tidak mahu kritikan sama berulang lagi. Bagi saya, jika lakonan saya di dalam filem keempat saya ini ada peningkatan walaupun hanya satu peratus, tak mengapa. Asalkan mutunya bertambah baik.

“Apa yang boleh saya katakan, saya berpuas hati dengan lakonan saya kali ini dengan bimbingan pengarah Jason Chong,” katanya kepada Hits.

Bagi penggemar sukan permotoran dan Muay Thai ini, set penggambaran boleh menjadi tempat menuntut ilmu asalkan seseorang itu mahu merendahkan diri bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.

Walaupun dimarahi pengarah hampir setiap hari kerana lakonannya kurang memuaskan, Ahirine hanya menyeka tangisan sekali dan menganggap ini sebahagian daripada proses pembelajaran.



“Di set penggambaran memang kena kuatkan mental. Sebenarnya setiap hari saya kena marah dengan pengarah depan semua orang terutamanya babak di depan balai polis.

“Saya terima. Saya yang minta kena marah asalkan lakonan saya bertambah baik.

“Penting juga untuk tanya pengarah dan pelakon lain. Lihat semula monitor dan tanya bahagian mana lagi yang boleh diperbaiki,” tambahnya.

Ramai mencuba, tapi karier cinta utama



Ditanya mengenai hubungan akrabnya dengan pelakon Zizan Razak sehingga ada yang menjodohkan mereka bersama, gadis kelahiran Alor Gajah itu hanya ketawa.

Mana tidaknya, mereka hanya kawan biasa yang sama-sama mencintai sukan lumba kereta.

“Saya dan Zizan memang hanya sekadar kawan biasa. Tiada apa-apa yang istimewa. Lagi pula syarikat pengurusan saya tidak benarkan saya bercinta.

“Ada juga yang mesej namun saya tak layan. Mungkin kerana saya pun belum bersedia,” katanya.



Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Ahirine hanya menginginkan jejaka yang ikhlas dan setia dalam Perhubungan. Utusan

Ahirine tidak dibenarkan bercinta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker