Ular sawa lebih 3 meter mati penangan gigitan lelaki 48 tahun

ALERIA menggigit ular sawa hingga mati di Bohol, Rabu lalu. – Foto Viral Press

 

Seorang lelaki terselamat daripada serangan ular sawa apabila dia menggigit ular sepanjang 3.04 meter (m) itu hingga mati, manakala penduduk kampung memanggang reptilia itu dan memakan dagingnya, lapor portal berita Mail Online semalam.

Boljulio Aleria, 48, sedang menunggang motosikal di wilayah Bohol, Filipina, apabila ular itu muncul dari kawasan padang rumput dan menghalang laluannya.

Dia berhenti dan menunggu ular itu untuk beredar  tetapi terkejut apabila reptilia itu merayap ke arahnya dan membelitnya pagi Rabu lalu.



“Saya menggigit ular itu sehingga kulitnya koyak. Apabila kulitnya terkoyak, saya menggigit pula dagingnya. Barulah lilitan ular itu longgar,” kata mangsa.

Walaupun pening akibat kehilangan darah, Aleria sempat bergegas ke rumah terdekat untuk menghubungi doktor.

“Saya sudah berasa pening kerana hilang banyak darah,” katanya.

Anggota-anggota paramedik membawanya ke sebuah hospital di Bandar Tagbilaran untuk mendapatkan rawatan.



Taring ular itu telah menusuk pergelangan tangannya tetapi tidak mengenai arteri utama

Aleria berkata, bangkai ular tersebut dimakan penduduk kampung yang membakar reptilia itu di atas api. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker