Filem Seksa Neraka buat transgender insaf

SEORANG lelaki transgender insaf selepas melihat filem Seks Neraka di Indonesia. – Foto @arenafakta/Instagram

Satu rakaman video menunjukkan seorang transgender tidak mahu lagi kelihatan seperti wanita selepas menonton filem Seksa Neraka di Indonesia, lapor portal berita Tribun Trends hari ini.

Rakaman video mengenainya dimuat naik seorang pengguna Instagram menerusi akaun @arenafakta. Ia memaparkan reaksi transgender tersebut yang namanya tidak didedahkan selepas menonton filem berkenaan,  arahan Anggy Umbara.

Dia ditanya oleh individu yang membuat rakaman itu tentang pandangannnya selepas menonton  filem tersebut.

“Alhamdulillah, hari ini (ketika menonton filem itu) mahu insaf. Seksa neraka itu memang benar,” katanya.



Lelaki yang menampilkan dirinya seperti wanita itu juga mahu menggunting rambut dan tidak lagi mahu menjadi golongan transgender.

Dia berjanji untuk menjadi seorang lelaki sejati.

Netizen yang menonton rakaman video itu turut mendoakan supaya dia kembali menjadi lelaki yang sejati. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker