PM yakin unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini dicapai

PM yakin unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini dicapai

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yakin unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara 5.3% dan 6.3% bagi tahun ini mampu dicapai.

Berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini hari ini, beliau berkata momentum pemulihan ekonomi negara pasca Covid-19 dijangka berterusan sehingga penghujung tahun ini.



“Kematangan Keluarga Malaysia dan keberkesanan jentera pentadbiran kerajaan melalui pendekatan collaborative mindset, kita dapat memberi fokus untuk memacu semula pemulihan ekonomi negara dengan pantas dan berkesan.

“Keputusan kerajaan untuk membuka semula sektor ekonomi secara keseluruhan dan pembukaan sempadan antarabangsa antara tindakan yang paling tepat untuk melonjakkan kembali kitaran ekonomi,” kata beliau.

Hasilnya hari ini, Ismail berkata ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku kedua 2022 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.9%, merupakan yang terbaik di Asia Tenggara.

Malaysia turut mencatatkan pertumbuhan perdagangan borong dan runcit yang kukuh tahun ke tahun sebanyak 44% kepada RM132.8 bilion pada Jun tahun ini.



“Untuk separuh masa pertama 2022, pelaburan langsung asing (FDI) merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM41.7 bilion berbanding sebelum pandemik, iaitu RM23.3 bilion pada tempoh yang sama tahun 2019,” kata beliau. FMT

PM yakin unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini dicapai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker