Elvina tidak sangka menjadi perbualan ramai kerana pakaiannya

Elvina tidak sangka menjadi perbualan ramai kerana pakaiannya

Pelakon, Datin Elvina Mohamad, 27, memohon maaf andai ada pihak yang tidak selesa gara-gara penampilan seksinya ketika memenuhi jemputan sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), baru-baru ini.

Menurut Elvina, dia sekadar menggayakan koleksi terbaru rekaan pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam dan tidak menyangka ia menjadi bualan ramai, khususnya warganet.



“Tak adalah saya pakai baju seperti itu setiap hari. Saya hanya gayakan ketika hadir memberi sokongan kepada Alia untuk acara itu.

“Dia minta saya gayakan baju yang menjadi antara koleksi terbarunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” kata Elvina ketika ditemui pada sidang media drama, Takdir Cinta Dhia terbitan Suhan Movies, di sini, semalam.

Pelakon yang popular menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu sebelum ini, mengambil keputusan menutup ruangan komen di Instagram selepas dikecam kerana berpakaian seksi ketika menghadiri KLFW.

Elvina bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan warganet sering melihat dia melakonkan watak wanita yang lemah-lembut di skrin televisyen menyebabkan ramai tidak dapat menerima gaya penampilannya, tempoh hari.



“Mungkin itu juga menjadi punca kerana selama ini, saya sering bawa watak lemah-lembut dalam drama. Disebabkan itu, mungkin ada yang terkejut nampak saya pakai begitu (seksi).

“Salah saya sendiri, malah saya akui, tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku.

“Sekali lagi saya tekankan, saya cuma menyokong Alia untuk koleksi busana terbarunya. Itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai rezekinya untuk menimang cahaya mata kedua yang tidak kesampaian apabila keguguran sekitar Mei lalu, Elvina berkata, sebagai wanita, tentunya dia hampa dan sedih.



Bagaimanapun, ia tidak menutup pintu hatinya untuk terus berusaha menambah zuriat bagi mengukuhkan lagi kasih sayang antara dia dan suami.

“Ketika kejadian, saya tidak tahu sedang hamil kerana terlalu sibuk dengan penggambaran Takdir Cinta Dhia. Drama ini boleh dikatakan agak berat.

“Banyak babak memerlukan saya bergerak lasak. Walaupun ralat, saya kena reda kerana sudah namanya tiada rezeki.

“Saya dan suami tidak putus asa. Kami sedang merancang untuk menambah zuriat lagi,” katanya. Utusan



Elvina tidak sangka menjadi perbualan ramai kerana pakaiannya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker