Shuib dan Sharnaaz bergaduh? Tidak kami profesional

Perselisihan faham dalam dunia perniagaan adalah perkara normal, namun ia tidak menjejaskan hubungan baiknya dengan pelakon itu

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan, Shuib tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad walaupun mereka kini bukan lagi rakan perniagaan.

Jelas Shuib, berselisih faham dalam dunia perniagaan adalah perkara normal, namun ia tidak menjejaskan hubungan baiknya dengan pelakon itu.

“Isu dengan Sharnaaz sudah selesai. Dia melepaskan pegangannya terhadap salah satu outlet Bubblebee. Dia mungkin terlalu sibuk dan jadualnya padat. Jadi, dia lepaskan pegangan outlet tersebut.

“Tidak ada isu tak puas hati. Berselisih faham dalam dunia perniagaan sangat normal. Tidak sama macam industri seni. Kami masih lepak dan main golf bersama.



“Dua-dua ada perniagaan dan faham dengan selok-belok industri ini. Kalau ada masalah, itu hal bisnes, bukan peribadi,” ujarnya.

Shuib juga berkata, dia cuba mengelak melakukan sebarang gimik secara keterlaluan sehingga lari daripada landasan agama, semata- mata demi meraih perhatian dan sokongan.

Jelasnya, gimik sememangnya perlu sebagai strategi awal pemasaran, namun dia cuba mengelak isu sensitif dan perkara berbangkit yang boleh menjatuhkan nama serta perniagaannya.

“Saya lebih suka gimik yang sederhana. Sekadar gimik awal untuk strategi pemasaran. Takut orang jelak, muak. Sedih bila kita tengok banyak gimik pemasaran yang keluar daripada landasan agama.



“Saya mahu strategi pemasaran sihat. Cuba elak daripada perkara yang tidak sepatutnya. Tidak payah buka baju seksi-seksi, tidak menyentuh elemen sensitif dan keterlaluan,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker