Mahathir, Anwar bukan pilihan terbaik untuk Malaysia

Mahathir, Anwar bukan pilihan terbaik untuk Malaysia

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pilihan terbaik untuk memimpin negara.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, selama berpuluh tahun Dr. Mahathir menyebabkan negara ini bercelaru dan keadaan diburukkan lagi oleh Anwar.



Beliau mendakwa, kerana mereka, negara menjadi tidak stabil, ekonomi dirosakkan, politik berkecamuk dan pelbagai agensi penguatkuasaan dan sistem keadilan diganggu.

“Semua ini mesti dihentikan. Malaysia mesti kembali diyakini. Kestabilan perlu diwujudkan.

“Maka, sampai masanya rakyat Malaysia menolak mereka. Kita mahu membawa Malaysia bergerak ke hadapan. Kita mesti membina Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Lenggong itu meminta rakyat merenung kehidupan mereka selama 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).



“Ia mesti menjadi pengajaran buat rakyat Malaysia. Mereka mesti ditolak,” jelasnya. MG

Mahathir, Anwar bukan pilihan terbaik untuk Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker