Bekas mufti sebak baca khutbah nikah anak sendiri

Bekas mufti sebak baca khutbah nikah anak sendiri

“BIASANYA khutbah nikah, saya lancar. Tapi hari ini anak saya nikah, saya tak mampu…”

Itu kata-kata yang diluahkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari pernikahan anaknya.

Majlis akad nikah anak beliau, Mohammad Hasanain dan Nurul Azzlina Nabilah Abdul Aziz berlangsung hari ini.

Sebelum memulakan khutbah dengan tiga pesanan buat pengantin, Zulkifli mengesat air mata serta tangisan ikhlas dari hatinya.

“Dalam perkahwinan ini, sudah tentu ada badai dan ombak. Maka selesaikan lah dengan toleransi, bukan amarah dan bukan mengikut hawa nafsu dan syaitan.

“Hendaklah banyak qiyam, dan mohon maaf. Istigfar kepada Allah. Jangan lupa wahai anakku, sembahyang malam dan juga sentiasa menyuruh keluarga untuk solat fardhu.

“Perkara terakhir yang saya ingin sampaikan, jangan lupa berbakti kepada ibu bapa dan kepada orang-orang tua… sambung silaturahim, begitu juga nafkah wajib ditunaikan (kepada isteri) Jangan sesekali lupakan nafkah buat isteri…”

“Saya tutup dengan doa buat kedua mempelai,” katanya dalam hantaran video menerusi Facebook beliau.

Dalam hantaran berlainan, Zulkifli menzahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berlangsung dengan jayanya.

Beliau turut menitipkan pesanan buat anaknya yang baharu sahaja bergelar suami isteri.

“Anakku, setiap pasangan yang berkahwin bertekad untuk mendapat kebahagiaan. Tetapi hakikat tidak ramai yang dapat mengecapinya.

“Ramai yang ingin menawan hati pasangan tetapi lupa yang hati itu hakikatnya milik Pemilik Segala Hati dan Cinta iaitu Allah SWT.

“Sepanjang pengamatan abah, ada beberapa ramuan penting untuk pedoman anakanda,” katanya.

Beliau berkata, antaranya ialah kejujuran dalam melayari bahtera kehidupan dan setiap pasangan bertangunggjawab dengan peranan masing-masing.

Selain itu, pasangan juga perlu menzahirkan pengorbanan serta sentiasa mengutamakan solat berjemaah dan solat malam.

Pada masa yang sama, beliau berpesan agar mereka mengambil iktibar daripada pasangan lain dengan yang baik dijadikan teladan manakala yang tidak baik dijadikan sempadan di samping perbanyakkan doa.

Menurutnya, dalam bahagia ada ujian dan itulah sunatullah yang mematangkan dan menguatkan ikatan kasih. E9

Bekas mufti sebak baca khutbah nikah anak sendiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker