Suspek pukul isteri hamil hingga koma dipercayai di Shah Alam atau Alor Star

Polis mengedarkan maklumat mengenai suspek selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan. (Gambar polis)

PETALING JAYA: Polis percaya suspek yang didakwa memukul isterinya yang hamil sehingga koma di rumah mereka di Larkin, Johor, awal bulan ini, kini berada di Shah Alam, Selangor atau Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis giat mengesan suspek berusia 38 tahun itu, termasuk menerusi risikan.

“Kita belum dapat menahan suspek itu, namun risikan yang dibuat mendapati suspek dipercayai berada di Shah Alam atau Alor Setar. Kita akan menggiatkan risikan dan membuat serbuan jika mendapat petunjuk baharu,” katanya menurut laporan Berita Harian hari ini.

Dakwaan Jurulatih Kebangsaan ‘Memegang Payudara dan Melancap’ Akan Disiasat



Media sebelum ini melaporkan Jahidah Nordin, 43, sedang bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.

Penjawat awam yang tidak sedarkan diri itu menerima rawatan awal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja`afar di Seremban atas permintaan keluarga, selain nasihat HSA.

Kandungan empat minggu mangsa yang cedera parah di kepala dan tengkorak itu, terpaksa dibuang akibat pendarahan, selain rahang, tulang belakang serta rusuk wanita itu retak, disyaki dipukul suaminya.



Jawatan Pengerusi ‘GLC’, Ahli Parlimen PAS Sanggup Berundur Jika..

Pada 18 Mei lalu, polis mengedarkan gambar suspek, selepas keluarga mangsa membuat laporan.

Polis turut mengedarkan maklumat peribadi suspek yang bernama Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar di Kedah dan bekerja sebagai peniaga.



Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau pegawai penyiasat Salaihudin Azual Razali di talian 013-7290763.

Siapa 2 Wanita India Yang Sering Dijadikan ‘Meme’ Untuk Hiburan Rakyat Malaysia Ini?

Suspek pukul isteri hamil hingga koma dipercayai di Shah Alam atau Alor Star


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kelab penyokong bola sepak teruja Vida pimpin Perak FC

[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker