Sistem Visa Asing, Hishammuddin Tolak, Zahid Terima – Saksi

 

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi dimaklumkan hari ini cadangan sebuah syarikat untuk menguruskan sistem visa asing kerajaan ditolak ketika Hishammuddin Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri, tetapi ia diterima ketika Ahmad Zahid Hamidi mengambil alih jawatan itu pada 2013.

Azman Azra Abdul Rahman, bekas penolong setiausaha di Jabatan Imigresen, turut mendedahkan bekas perdana menteri, Najib Razak memberitahu Zahid untuk meneruskan projek itu.



Pada perbicaraan rasuah Zahid, Azman memberitahu mahkamah, Ultra Kirana Sdn Bhd menghantar surat kepada Najib pada 23 Mei 2013, tiga minggu selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

“Perdana Menteri kemudian menulis nota kepada Zahid menyatakan projek visa asing mesti diteruskan,” kata Azman kepada Hakim Mohd Yazid Mustafa.

Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 16 Mei 2013 dalam Kabinet baharu pimpinan Najib selepas PRU13, menggantikan Hishammuddin.

Dakwaan Jurulatih Kebangsaan ‘Memegang Payudara dan Melancap’ Akan Disiasat



Menurut Azman, satu mesyuarat diadakan di Jabatan Imigresen di Putrajaya pada 26 Julai 2013 untuk pembentangan mengenai sistem visa asing. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Zahid.

“Selepas mesyuarat pada 26 Julai itu dan satu lagi mesyuarat susulan pada 29 Julai, saya menyiapkan cadangan untuk menteri (Zahid) mempertimbangkan sistem visa asing.

“Dalam cadangan itu, saya menyatakan sistem visa asing akan dilaksanakan sepenuhnya di pelbagai negara seperti Afghanistan, Bangladesh, India, Nepal, Sri Lanka, Myanmar dan Pakistan,” katanya.



Saksi berkenaan juga berkata, sistem visa asing akan sentiasa dipantau Jabatan Imigresen bagi memastikan hak negara dilindungi.

“(Bekas) menteri bersetuju dengan saranan tersebut,” kata Azman.

Mahkamah diberitahu kontrak Ultra Kirana untuk menguruskan sistem visa asing dari 1 Nov 2013 hingga 31 Okt 2019.

Heliza Helmi kena komen lucah di laman sosial



 

Asal usul sistem visa asing

Dalam keterangannya, Azman berkata, Ultra Kirana pertama kali mencadangkan sistem visa asing melalui suratnya kepada Hishammuddin pada Mac 2010.



Katanya, kementerian itu bagaimanapun menolak cadangan Ultra Kirana dan permohonan visa pelancong China melebihi kemampuan sistem untuk menanganinya.

“Kementerian berpendapat sistem yang dicadangkan Ultra Kirana tidak dapat mengurangkan beban kerja pegawai konsulat untuk permohonan visa.”

Beliau berkata, Ultra Kirana mengemukakan surat lain pada April 2010, dengan cadangan untuk mewujudkan sistem Pusat Hentian Setempat (OSC) di pejabat konsulat Malaysia di seluruh China.

OSC itu bertujuan mengurangkan beban kerja pegawai konsulat dalam memproses permohonan visa pelancong dan menjadi alat saringan untuk membendung kegiatan pemerdagangan manusia.



“Pegawai konsulat hanya perlu fokus melulus dan mengeluarkan visa,” kata Azman.

Jawatan Pengerusi ‘GLC’, Ahli Parlimen PAS Sanggup Berundur Jika..

Apabila disoal Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin sama ada kontrak Ultra Kirana ditamatkan selepas Pakatan Harapan berkuasa, saksi itu menjawab, ia tidak dilakukan kerajaan PH.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela, Ahmad Zaidi Zainal sama ada wujud pelanggaran kontrak oleh Ultra Kirana, seperti dakwaan syarikat itu menjejaskan sistem Imigresen, Azman berkata, syarikat itu tidak melakukannya.

“Oleh kerana mereka telah melakukan kerja dengan baik, tidak ada alasan untuk menamatkan kontrak mereka?” tanya Zaidi, yang dipersetujui saksi.

Azman turut bersetuju dengan cadangan peguam yang Zahid tidak pernah mengarahkan pegawainya untuk meluluskan pelaksanaan sistem visa asing bersepadu dengan OSC.

Zahid sedang dibicarakan atas 40 tuduhan kerana didakwa menerima rasuah dalam pelbagai mata wang asing daripada Ultra Kirana untuk melaksanakan sistem visa asing.

Perbicaraan diteruskan Khamis.

Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

Sistem Visa Asing, Hishammuddin Tolak, Zahid Terima – Saksi


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker