Heliza Helmi kena komen lucah di laman sosial

Komen lucah tentang Heliza Helmi, tindakan lelaki ‘biadap’ di FB buat netizen berang!

Isu menerima komen, gambar dan video berunsur lucah di laman sosial bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan segelintir selebriti tanah air.

Sebelum ini, tular sebuat video yang mempamerkan aksi tidak senonoh seorang lelaki memuaskan nafsu menggunakan gambar penyanyi Wany Hasrita.

Bukan itu sahaja, seorang penggiat seni yang gigih memperjuangkan agama, Heliza Helmi turut menerima komen lucah pada salah sebuah artikel yang dikongsi oleh laman Facebook Kaki Viral, baru-baru ini.

Individu biadap, tinggalkan komen lucah

Seperti yang ramai tahu, Heliza adalah seorang selebriti yang tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi.

Bagaimanapun, namanya menjadi bualan hangat netizen apabila soal menamatkan zaman bujangnya dikaitkan dengan perkara berbaur lucah.

Biarpun artikel tersebut menceritakan berkenaan Heliza wajar menjadi ikon belia Islam kerana tidak kemaruk soal cinta dan jodoh, namun masih ada individu tidak sopan meninggalkan komen tidak senonoh.

Takde agama ke komen macam tu?

Ciapan yang tular mengenai isu terbabit telah mengundang kemarahan netizen dan masing-masing memberi reaksi jijik terhadap tindakan si pelaku.

Mana tidaknya, cara pemakaian pemilik nama Nur Heliza Helmi itu dikategorikan sebagai sopan dan menutup aurat dengan sempurna.

Dalam pada itu, ramai netizen yang mempersoalkan adakah isu pakaian seseorang wanita masih menjadi punca rogol?

Pakaian sopan pun masih komen begitu

Takut tengok komen

Asyik fikir pasal s**s je

Biadap tak bertempat

Komen macam takde otak

Heliza tu berjuang untuk Palestin untuk Islam

Memalukan bangsa dan agama

Bercakap tentang tuan empunya diri, sehingga kini, Heliza tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjawab isu yang tidak berfaedah tersebut.

Secara tidak langsung, kita sebenarnya menunjukkan keperibadian kita kepada rakan-rakan tanpa disedari hanya dengan menggunakan laman sosial.

Maka disebabkan itu, kita hendaklah menjaga adab-adab ketika menggunakan laman sosial.

Sumber: Twitter @shafiqafitri

Lantang pejuang isu Palestin, Heliza dapat amaran IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker