Dakwaan Jurulatih Kebangsaan ‘Memegang Payudara dan Melancap’ Akan Disiasat

 

Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal berkata dia memandang serius pendedahan atlet renang Cindy Ong terhadap gangguan seksual yang dihadapinya termasuk daripada jurulatih kebangsaan ketika remaja.

Berkata dakwaan itu akan disiasat, timbalan menteri belia dan sukan berkata Ong atau atlet lain boleh terus berjumpa terus dengannya.

“…pintu terbuka,” katanya.

Dalam wawancara yang disiarkan oleh Malaysiakini, Ong mendedahkan dia menghadapi gangguan dan serangan seksual bertahun-tahun, termasuk daripada jurulatih kebangsaan ketika masih remaja.

Dalam satu kejadian di keluar negara ketika dia masih seorang remaja yang naif, Ong berkata seorang jurulatih menyentuh payudaranya.

Ong juga berkata terdapat ahli politik negara ini yang menawarkan sejumlah wang bagi mendapatkan seks daripadanya.

Dalam laporan itu juga seorang lagi bekas perenang yang enggan namanya disiarkan memberitahu bahawa dia pernah melihat seorang jurulatih melancap di hadapan seorang perenang ketika perenang lelaki itu berpura-pura tidur kerana takut.

Menulis di Twitter petang ini, Fayhsal berkata dia tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku kerana ia menjejaskan imej negara.

Dia juga berikrar akan menjadikan kebajikan dan keselamatan atlet sebagai keutamaan.

Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

 

Dakwaan Jurulatih Kebangsaan ‘Memegang Payudara dan Melancap’ Akan Disiasat


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker