Kalau Fikir Memang Sakit Kepala, Salah Rakyat Jugak Ke? – Fizz Fairuz

Pelakon Datuk Fizz Fairuz meluahkan kebimbangan mengenai beberapa varian baharu Covid-19 yang mula dikesan dan menular di Malaysia baru-baru ini.

Fizz menerusi hantaran dalam Instagramnya turut mempersoalkan bagaimana varian tersebut boleh memasuki negara ini walhal pintu sempadan telah lama ditutup.



“Varian United Kingdom (UK), varian India,  macam mana benda ini masuk Malaysia ek.

“Sampai ke pagi aku fikir, sempadan Malaysia tutup kan? Habis macam mana boleh masuk? Kalau orang tak masuk Malaysia tak dapat varian ini kan?,” soalnya.

Pada hantaran sama, Fizz turut berpendapat rakyat Malaysia telah pun menjalankan tanggungjawab sebaiknya untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) namun varian-varian ini tetap boleh menular ke negara ini.

”Aku rasa rakyat Malaysia dah patut SOP. Semua tak balik kampung, semua duduk rumah, ikut SOP dan lockdown kendiri.



“Tak pergi tempat sesak pun. Kes meningkat hampir 7K. Varian itu, varian ini. Yang peliknya, macam mana varian-varian ini boleh masuk Malaysia, padahal benda itu dari luar negara. Sakit kepala fikir, salah rakyat juga ke?,” tulisnya lagi.

Terdahulu, varian India yang mempunyai mutasi berganda melibatkan seorang pekerja asing yang baru pulang dari negara itu bulan lalu berjaya dikesan dan diasingkan di Malaysia.-K! ONLINE

Jangan ambil risiko dan jangan memperjudikan nyawa Rakyat – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker