Agong nasihat kerajaan Sarawak terus berfungsi lepas DUN tamat 6 Jun



Sebaran :

 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan Kerajaan Negeri Sarawak agar terus berfungsi seperti biasa biarpun tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu tamat selepas 6 Jun ini.

Baginda bertitah kerajaan negeri itu boleh terus berfungsi seperti biasa sepanjang tempoh darurat yang diperkenankan baginda melalui pengisytiharan yang berkuat kuasa 11 Jan lepas hingga 1 Ogos ini.

“Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah menasihati memandang kepada keadaan COVID-19 yang agak membimbangkan agar Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa dengan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini.



Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

Nasihat baginda itu diberikan semasa upacara mengadap secara maya (persidangan video) oleh pemimpin-pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi memaklumkan baginda mengenai tempoh DUN Sarawak dan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12.

Abang Johari memaklumkan baginda tempoh DUN Sarawak adalah sehingga 6 Jun ini dan mengikut Perlembagaan Negeri itu, DUN haruslah dibubar dan pilihan raya perlu diadakan.

Menurut kenyataan itu, berikutan pengisytiharan darurat bermula 11 Jan lepas, kuasa untuk membubarkan DUN Sarawak terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 13 dan Perkara 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.



Dakwaan Jurulatih Kebangsaan ‘Memegang Payudara dan Melancap’ Akan Disiasat

“Sejajar dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong, YAB Ketua Menteri telah menyerahkan keputusan untuk membubarkan DUN Sarawak pada tarikh yang sesuai di atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bersama TYT (Yang Dipertua) Negeri Sarawak,” katanya.

Keputusan itu akan dibuat setelah menerima nasihat daripada pihak Peguam Negara, SPR, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sesi mengadap itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri II Tan Sri Dr. James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing.



– Bernama

Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

Agong nasihat kerajaan Sarawak terus berfungsi lepas DUN tamat 6 Jun


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Jawatan Pengerusi ‘GLC’, Ahli Parlimen PAS Sanggup Berundur Jika..

 


Sebaran :


Leave a Reply