Siapa 2 Wanita India Yang Sering Dijadikan ‘Meme’ Untuk Hiburan Rakyat Malaysia Ini?

Siapa dua wanita India ketawa yang sering menjadi meme di media sosial?

Di media sosial Malaysia, babak dua orang wanita ini ini sering dijadikan sebagai meme yang menghiburkan rakyat Malaysia. Antara meme yang terkenal ialah ‘orang comel selalu busy’.



Untuk pengetahuan anda, babak berkenaan merupakan salah satu babak yang diambil daripada filem India Malayam, Action Hero Biju.

Filem tersebut mengisahkan mengenai seorang anggota polis, Biju Poulose yang bertanggungjawab ke atas pelbagai jenis aduan dan kes, tidak kisahlah yang kecil mahupun besar selagi mana ianya dilaporkan di balai polis tempat beliau bertugas.

Dibintangi Nivin Pauly sebagai Biju, filem ini mendapat tempat bukan sahaja di sana, tetapi juga di Malaysia.



Meme dua wanita India yang ketawa itu ialah

Terutamanya mereka yang tertarik dengan gandingan watak Mary dan Baby yang sering menjadi bahan untuk menghiburkan pengguna media sosial.

Mary dan Baby adalah watak yang hadir ke balai polis dan bertemu Biju untuk mengadu berkenaan jiran lelaki mereka yang sering mandi di luar rumah.

Biarpun babak mereka ditayangkan kurang dari seminit, namun impaknya amat besar kepada penonton. Malah keduanya turut menyampaikan rasa terima kasih kepada pengarah Abrid Shine kerana memberikan peluang untuk mereka berlakon biarpun hanya sebagai cameo.



ika anda ada idea meme yang menarik untuk babak Mary dan Baby ketawa, di sini kami sediakan template yang boleh anda gunakan.

Apa itu meme?

Meme (disebut mim) adalah idea, tingkah laku atau gaya yang tersebar oleh masyarakat dalam sesebuah budaya yang seringkali bertujuan untuk menyampaikan fenomena, tema atau makna tertentu yang diwakili olehnya.



Ianya bertindak sebagai satu unit pembawa idea, simbol atau amalan budaya yang boleh diturunkan daripada satu fikiran yang lain melalui penulisan, ucapan, pergerakan, ritual atau fenomena yang boleh ditiru orang lain melalui temanya.

Penyokong konsep meme ini menganggap meme sebagai analog budaya kepada gen atas kebolehannya ditiru, bermutasi dan bertindak balas kepada tekanan pemilihan.-Odisi

[VIDEO] Geram Je..Elly Mazlein Tak Boleh Sorok Muka “Baran” Dan “Jelingan Maut”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker