Banjir Pakistan ragut 1,500 nyawa

Banjir Pakistan ragut 1,500 nyawa

Banjir di Pakistan yang tidak pernah berlaku sebelum ini menyebabkan hampir 1,500 orang terbunuh.

Ketika ini, pihak berkuasa sedang berusaha untuk meningkatkan usaha bantuan untuk berjuta-juta mangsa yang terjejas akibat bencana itu.



Banjir yang dibawa hujan monsun serta pencairan glasier di pergunungan utara menjejaskan 33 juta daripada 220 juta penduduk negara itu dan merosakkan rumah, sistem pengangkutan, tanaman dan ternakan dengan anggaran kerugian dilaporkan berjumlah AS$30 bilion.

Sebanyak 1,486 orang dilaporkan terkorban dengan 530 daripadanya golongan kanak-kanak, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara, ketika mengeluarkan jumlah pertama di seluruh negara sejak 9 September, tempoh yang menyaksikan 90 orang lagi maut.

Sejak beberapa minggu lalu, pihak berkuasa membuat halangan untuk mengekang air banjir memasuki struktur utama seperti stesen janakuasa dan rumah, manakala petani pula cuba menyelamatkan haiwan ternakan masing-masing apabila makanan ternakan mula kehabisan.

Kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan perubahan iklim sebagai punca kenaikan paras air berikutan suhu musim panas yang tinggi, sekali gus mengakibatkan ribuan orang terpaksa meninggalkan rumah untuk tinggal di dalam khemah atau di sepanjang lebuh raya di kawasan terbuka.



Pakistan menerima 391 milimeter hujan atau hampir 190 peratus lebih daripada purata 30 tahun, pada bulan Julai dan Ogos. Angka itu meningkat kepada 466 peratus untuk salah satu kawasan yang paling teruk terjejas, wilayah selatan Sindh.

Penerbangan bantuan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat tiba di negara itu hari ini, kata Kementerian Luar.

PBB sedang menilai keperluan pembinaan semula. HM

Banjir Pakistan ragut 1,500 nyawa




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker