Saya pula kena tembak – Elizabeth Tan

Saya pula kena tembak – Elizabeth Tan

MELAKONKAN watak Hanna, seorang wanita tenang dan berkerjaya yang sedang tersepit antara tanggungjawab dan soal hati bukan mudah.

Hanna yang sering mempamerkan aura kepimpinan yang tinggi, sentiasa akan berlembut hati dengan Aliff lakonan Hun Haqeem.

Inilah cabaran dan kesukaran dilalui penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 30, yang membintangi drama bersiri W: Two Worlds yang diadaptasi dari drama popular Korea Selatan.

Elizabeth atau Lizzy berkata, tugasnya sebagai setiausaha kepada Aliff memerlukan dia menukar watak yang sinonim dengannya 360 darjah.

“Agak mencabar kerana sebelum ini saya kerap bawakan watak polis saja. Tiba-tiba kena berlakon watak kewanitaan. Tak dinafikan agak susah jadinya.

“Saya kena ambil masa untuk tukar ‘postur’ pergerakan dan ‘tone’ suara. Cabaran besar untuk saya tukar semua itu, tapi saya buat cara yang semula jadi.

“Kali ini saya kena tembak dan bukan saya yang menembak. Ia sangat kontra dengan watak tiga cerita sebelum ini di mana saya jadi polis,” katanya.

Lizzy juga terpaksa melakukan pengorbanan dengan menukar warna rambutnya demi menjayakan watak ini.

“Saya ikut sikit watak versi Korea Selatan. Ia perlu untuk orang bezakan ini Hanna dan bukannya Lizzy. Ini pembabitan pertama saya dengan Viu Malaysia. Sebelum ini dua kali saya tampil sebagai ‘cameo’ drama mereka.

“Saya sangat teruja nak bekerja dengan mereka. Saya berharap sangat tak menghampakan sesiapa dalam projek ini. Ternyata amat best berlakon dengan pelakon lain kerana saya tak pernah berlakon dengan mereka.

“Saya sangat sukakan Daiyan dan juga antara peminatnya. Bila dapat bekerja dengannya, saya rasa dia sangat sempurna. Saya belajar banyak juga dari Mierul Aiman dan Hun Haqeem,” katanya.

Menurutnya, sebelum masuk set mereka akan berbincang secara teliti dan dia akan ikut serta belajar dengan mereka cara berlakon.

“Ia pengalaman baru. Saya terbabit selama 25 hari penggambaran. Sepanjang itu, saya tak ambil tawaran lain kerana fokus ini saja. Ini pun dah buat saya ‘stress’ dan tak boleh tidur.

“Bimbang juga, saya tak tahu sama ada saya berjaya bawa watak Hanna atau tidak kerana versi Korea Selatan peminatnya besar. Sekarang baru mula penggambaran, peminat belum tengok hasilnya dah kecam.

“Macam-macam yang dilemparkan dan ia buat kita tertekan untuk hasilkan yang terbaik. Kami cuba yang terbaik. Saya pula banyak kongsi berkenaan drama ini di TikTok,” katanya.

Jika pelakon lain mengabaikan komen netizen, Lizzy pula sebaliknya kerana ingin tahu apa yang peminat harapkan daripada mereka.

“Kita pun ada motivasi untuk berikan hasil yang lebih. Saya ada perbincangan untuk beberapa drama selepas ini tapi belum sah lagi.

“Ada juga saya berlakon watak ekstra untuk platform penstriman. Saya pun ada tanya tawaran berlakon dengan

Skop Productions tapi mereka belum ada projek sangat,” katanya. HM

Saya pula kena tembak – Elizabeth Tan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker