Buat kecoh di hospital lepas gaduh isu cinta

Buat kecoh di hospital lepas gaduh isu cinta

IPOH – Perselisihan faham antara dua keluarga berkaitan isu cinta dipercayai menjadi punca yang membawa kepada kekecohan di pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang videonya tular pada Sabtu.

Kekecohan yang berlaku sekitar jam 12.20 tengah malam pada Jumaat itu melibatkan sekumpulan lelaki warga tempatan yang mahu menghantar mangsa yang cedera ke hospital.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam isu berkenaan, pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan dua kejadian berasingan, namun saling berkaitan.

Menurutnya, sebelum kejadian kekecohan itu, berlaku satu kes mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki menggunakan senjata tajam.

“Kejadian itu telah mengakibatkan tiga individu mengalami kecederaan dan menerima rawatan di HRPB.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan berlakunya perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kekecohan yang berlaku di hospital adalah melibatkan sekumpulan lelaki yang ingin menghantar mangsa-mangsa cedera berkenaan ke hospital.

Bagaimanapun katanya, berlaku perselisihan faham dengan pengawal keselamatan hingga membawa kepada insiden kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan hospital terbabit.

“Polis telah mengambil tindakan segera ketika sampai ke tempat kejadian dan mengawal keadaan,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata, beberapa video berkaitan kejadian itu didapati telah tular di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat umum.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Polis kini sedang memburu suspek-suspek yang terlibat dalam kedua-dua kes berkenaan.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah,” katanya.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019.

Dalam satu video berdurasi 28 saat yang tular memaparkan keadaan kecoh di pekarangan Jabatan Kecemasan HRPB dengan sekumpulan lelaki dilihat menjerit-jerit.

Kelihatan juga beberapa individu dalam keadaan lemah dipercayai cedera, selain tompokan darah pada baju. Sinar

Buat kecoh di hospital lepas gaduh isu cinta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker