PRN2023: Altimet sedia bertarung

PRN2023: Altimet sedia bertarung

Penyanyi rap dan komposer terkenal Altimet menyuarakan kesediaan mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRN, selepas menolak tawaran menjadi calon PRU15 lalu.

Selebriti yang nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata sebagai ketua PKR Ampang yang terbabit dalam proses pilihan raya bulan depan, beliau harus bersedia memikul tanggungjawab itu.



“Buat masa ini, saya belum dengar apa-apa lagi, jadi kena tunggu hari penamaan calon dulu.

“Jika nama saya dicalonkan, mahu tidak mahu saya kena bersedialah. Cuba buat yang terbaik, Insya-Allah,” katanya menurut Sinar Harian sambil menyatakan turut bersedia memikul sebarang tanggungjawab diberikan.

Dua DUN terletak di bawah Parlimen Ampang adalah Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa yang disandang bekas menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mengakui menolak tawaran calon PRU15 kerana belum bersedia pada waktu itu, Altimet yang popular dengan lagu berjudul “Amboi” berkata tanggapan selebriti kurang mendapat kepercayaan pengundi harus dikikis.



“Kenapa kurang mendapat kepercayaan? Saya rasa mungkin kerana mereka menganggap golongan artis bukan sebahagian daripada masyarakat dan tak boleh bersama dalam proses demokrasi atau kepimpinan.

“Tanggapan inilah yang harus diperbetulkan dan kita perlu berlaku adil pada semua. Jadi, mungkin kami golongan artis perlu buktikan sesuatu,” katanya. FMT

PRN2023: Altimet sedia bertarung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini



Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker