Harimau belang muncul di merata tempat di Perak

Selain Kuala Mu di Sungai Siput, harimau belang turut didakwa berkeliaran di Kampung Sahom, Kampar.

Difahamkan, aduan mengenai kehadiran haiwan pemangsa di sekitar kawasan itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak pada 22 Oktober lalu.

Bahkan, siasatan di lokasi oleh Perhilitan mendapati aduan tersebut berasas dengan tindakan memasang perangkap akan dilakukan dalam masa terdekat.



Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan ada menerima aduan berkaitan kehadiran haiwan liar itu di kampungan berkenaan.

Menurut beliau, harimau belang itu kemungkinan tersesat ekoran habitat asalnya terletak berhampiran di Hutan Simpan Salu.

“Kawasan itu (Sahom) dekat dengan Hutan Simpan Salu, mungkin harimau tersebut terlajak mencari makan kerana babi hutan di kawasan itu berkurangan ekoran wabak demam babi Afrika (ASF).

“Kita pun ada pasang perangkap bagi menangkap harimau belang itu,” katanya.



Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video pengumuman oleh Pejabat Penerangan Daerah Kampar yang memaklumkan terdapat gangguan harimau belang di Kampung Sahom, Kampar

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker