Lelaki berjaya ditangkap larikan kereta bersama enam murid

Cubaan seorang lelaki melarikan sebuah kereta dinaiki enam murid gagal apabila diberkas polis dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Pinousuk, Kundasang, Sabah petang tadi.

Kejadian didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang tadi dan suspek berjaya diberkas anggota unit kereta peronda polis (MPV) Balai Polis Kundasang dengan bantuan orang ramai.

Video kejadian itu turut tular di media sosial yang memaparkan suspek diberkas polis dan orang ramai sambil kedengaran suara kanak-kanak yang menangis.



Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung seorang lelaki yang melarikan kereta Proton Persona.

Ketika melarikan kereta tersebut, lelaki itu tidak perasan dan turut membawa enam murid di dalam kenderaan berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek diberkas dan polis turut menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial.

“Polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan,” katany



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker