Kantoi beromen dengan skandal, isteri serang dengan penyapu

Si isteri mengejar suami dan kekasih gelapnya menggunakan penyapu

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita menyerang suami dan kekasih gelapnya yang asyik beromen di sebuah rumah sambil membawa sebatang penyapu, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Konawe, wilayah Sulawesi Tenggara.

Rakaman video pada awalnya menunjukkan seorang wanita berpakaian uniform guru sedang berjalan untuk memasuki sebuah kenderaan.

Seorang wanita lain yang dikatakan si isteri kemudian menghampirinya sambil memegang penyapu dalam keadaan marah.



Suami kepada wanita tersebut kemudian menghampiri si isteri lalu menolaknya sebelum masuk ke dalam kereta bersama teman wanita.

Si isteri cuba untuk membuka pintu kereta, namun ia dikunci dari dalam sebelum kedua-dua pasangan kekasih itu melarikan diri.

“Awak sudah melampau. Saya saksikan sendiri perbuatan awak berdua hari ini. Melampau, tak ada langsung rasa malu,” kata si isteri ketika cuba membuka pintu kereta.

Turut kedengaran adalah suara perakam video yang meminta si isteri agar bersabar supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.



Tidak dinyatakan nasib yang menimpa wanita berkenaan selepas itu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker