Istana Negara buat laporan terhadap Chegubard

Istana Negara buat laporan terhadap Che’gubard

Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan Che’gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaan tiga wakil Perikatan Nasional (PN) dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.

Berdasarkan laporan polis yang tular di media sosial, pihak Istana Negara menafikan perkara tersebut dan Chegu Bard didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak tepat berhubung perkara itu.



Laporan tersebut turut memberitahu, kenyataan dibuat Che’gubard itu disedari menerusi video berdurasi 52 saat di aplikasi TikTok pada 22 Januari jam lebih kurang 6 petang, di pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada Isnin jam 8.35 malam.

“Saya selaku wakil daripada pihak Istana Negara menafikan dakwaan lelaki tersebut.

“Ia merupakan satu kenyataan yang tidak tepat,” kata laporan itu.



Jelasnya, laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan lanjut berhubung video terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan polis tersebut.
“Siasatan berhubung kes ini dijalankan oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya. Sinar

Istana Negara buat laporan terhadap Chegubard

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker