Kes selesai, Amelia Henderson lega dan bersyukur

Pelakon Amelia Henderson, 28, lega dan bersyukur apabila berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd dalam isu pelanggaran kontrak drama, tahun lalu.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, mengenai isu fitnah, hakim juga memutuskan video dimuat naik di Instagram, tahun lalu tiada unsur fitnah seperti dakwaan A Aida Production.

“Saya tidak perlu ‘delete’ (padam) video atau bayar ganti rugi.



“Berhubung isu langgar kontrak, saya juga gembira kerana pihak mahkamah sudah mengurangkan daripada RM200,000 yang dituntut pihak produksi kepada RM10,000.

“Terima kasih kepada semua pihak yang beri kepercayaan kepada saya selama ini,” katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong memutuskan Amelia berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi berkenaan selepas meneliti segala rekod rayuan secara maksimum dan hujah kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada syarikat produksi A Aida Production bermula hari ini.



Dalam prosiding secara dalam talian itu, Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur, manakala, peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.

Sebelum ini, Amelia memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A Aida Production pada 18 April lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker