Ismail komited beri perhatian isu di Sabah, Sarawak
Ismail komited beri perhatian isu di Sabah, Sarawak
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi komitmen kerajaan untuk memberi perhatian terhadap isu berbangkit di Sabah dan Sarawak, termasuk berkaitan jumlah wakil dua negeri itu di Parlimen.
Perdana Menteri berkata ia antara isu dibangkitkan pada Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikannya semalam.
Menurut catatan di Facebooknya hari ini, mesyuarat itu turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, menteri-menteri kabinet serta pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan dilapor berkata mesyuarat itu mengendors langkah mendapatkan semula 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
Langkah itu bakal membolehkan Sabah dan Sarawak memiliki 78 daripada 222 kerusi.
Ismail Sabri berkata perkara lain yang dibangkitkan pada mesyuarat itu termasuk isu berkaitan ekonomi dan kesihatan di kedua-dua negeri Borneo berkenaan.
Perdana Menteri turut memberi komitmen kerajaan terhadap pembangunan Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang itu menerusi Bajet 2023 yang akan dibentang 7 Oktober ini.
“Insya-Allah, segala isu yang berbangkit di negeri-negeri Borneo ini akan diambil perhatian selaras semangat Keluarga Malaysia,” katanya. HM
Ismail komited beri perhatian isu di Sabah, Sarawak
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET