Rumah anggota PGA kena tembak

KOTA BHARU – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang baru kematian anak dalam kandungan isterinya, dikejutkan dengan dua das tembakan dilepaskan ke arah rumahnya di Bechah Keranji, Melor di sini, pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku jam 4 pagi ketika pengadu yang berusia 30 tahun sedang tidur bersama keluarga dan terdengar bunyi letupan kuat seakan tembakan.

“Dia bangun dan keluar membuat pemeriksaan di luar rumah, namun secara tiba-tiba tembakan dilepaskan kali kedua yang kena pada pintu kaca hadapan rumah.



“Pengadu sempat melihat bayang dua lelaki tidak dikenali sedang memegang lampu suluh berada di hadapan rumah dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada tengah malam Isnin.

Beliau berkata, pengadu bertugas di PGA Cheras, Kuala Lumpur sedang bercuti dan pulang ke kampung bagi menguruskan pengebumian anak dalam kandungan isterinya yang meninggal dunia pada usia enam bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 22 Mei lalu.

“Akibat kejadian tembakan itu, cermin pintu rumah pengadu pecah, terdapat kesan dipercayai tembakan pada bahagian dinding rumah dan kesan lubang sebesar guli pada cermin bahagian hadapan kereta jenis Toyota Hilux milik abang ipar pengadu.

“Pengadu menyatakan semasa kejadian, suspek turut menyuluh lampu ke arah rumah jiran yang kosong dalam jarak 15 meter dari rumah pengadu,” katanya.



Muhamad Zaki berkata, pengadu dan keluarga tidak mengesyaki sesiapa terlibat dengan kejadian itu dan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan awal mendapati tembakan tersebut dipercayai daripada jenis senapang angin dan hasil keterangan pengadu mengatakan tidak ada sebarang masalah hutang atau pergaduhan dengan mana-mana pihak.

“Siasatan bagaimanapun masih diteruskan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengesan suspek yang terlibat,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker