Yang Menipu Dan Menghasut Nga Kor Ming, Yang Bodoh Pengundi DAP

Oleh Nurul Aisyah

PEMIMPIN-pemimpin DAP semakin rancak mengeluarkan kenyataan yang berbentuk menghasut dan menipu sejak kebelakangan ini.

Mungkin mereka berada dalam keadaan yang sangat terdesak untuk mempengaruhi rakyat sokong mereka memandangkan ketika Pakatan Harapan(PH) memerintah selama 22 bulan rakyat mengalami penderitaan fizikal dan mental ekoran ditindas dan dianiaya pemimpin DAP dan Mahathir.



Antara pemimpin DAP yang dilihat “ligat” menghasut rakyat ketika ini adalah David Nga Kor Ming yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan.

Bagi mendedahkan siapa sebenarnya Nga Kor Ming ini, mari kita imbas kembali janji beliau pada bulan April 2018 sebelum PRU14. Nga Kor Ming berjanji akan mansuhkan tol Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) khususnya laluan susur keluar Teluk Intan.

“Kerajaan baru HARAPAN akan memansuhkan semua tol termasuk Lebuhraya Persisiran Pantai Barat yang mempunyai Susur Keluar Teluk Intan sekiranya berjaya membentuk kerajaan baru.” kata Nga Kor Ming seperti yang dilaporkan oleh <https://www.roketkini.com/2018/04/19/tak-perlu-bayar-tol-kalau-harapan-menang/”>Roketkini pada April 2018.

Setahun kemudian pada bulan Mei 2019 setelah PH menang dan menjadi kerajaan Malaysia, Nga Kor Ming pula yang potong riben untuk merasmikan plaza tol lebuhraya tersebut khususnya laluan susur keluar Teluk Intan.



Lalu beliau tweet “janji ditepati”. Rakyat Malaysia sangat keliru, bagaimana Nga Kor Ming boleh mendakwa janji telah beliau tepati apabila tol tersebut tidak dimansuhkan.

Jajaran pertama Lebuhraya WCE yang dibuka kepada orang awam ketika itu  tidak dikenakan bayaran tol buat sementara waktu sahaja sehingga pihak kerajaan PH membuat keputusan berkenaan polisi serta kadar tol bagi lebuhraya ini. Ini bermakna tol tidak dihapuskan pun.

Janji mansuh tol + rasmi plaza tol = delivered as promised.

Akhirnya rakyat dapat menilai bahawa yang jahat menghasut rakyat selama ini adalah Nga Kor Ming dan yang bodohnya adalah pengundi DAP yang percaya kepada hasutan parti Lim Kit Siang itu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker